Monday 20 January 2014

planning for future

:bismillah:

salam anak-anak mummy yang terchenta.. lama mummy tak spend tym sini kan...

harini mummy nak share about 'give n take'...

anak-anakku,
sekiranya bila besar kang kalian terfikir knapa daddy d rumah mummy d opis? bacalah ini syang... mummy akan terangkan segalanya..

anak-anakku,
cita-cita mummy ialah mummy nak jd psychologist.. tapi mummy tak amek sains.. hahah sbb tu mummy jd counselor. tp i lurv this proffession. mummy rasa tenang dan rasa berguna bila dpt tolong org, walaupun hanya tolong dengar. hehehe... dan daddy tahu itulah keinginan mummy. i enjoy bila dpt jd gud listener, mummy suka bercakap, mummy gila mic, sebab tu la tym karoke jangan harap mummy bagi kalian mic walaupun kalian berguling2 nangis... hahahahah kijam kah? hakikat syg, inilah mummymu...agagagga:p

sebabkan kegilaan mummy itulah mummy buat perjanjian dengan daddy...
kami kahwin awal, di masa masing-masing masih ingin mengejar impian. impian daddy sudah ada di tawau. kemahuan daddy ada di sana. daddy ada ladang untuk di kerjakan, daddy ada lori yang di ingininya,daddy dah ada segalanya di tawau. sedangkan mummy? i have nothing.
sebab tu lah sebelum kahwin kami buat perjanjian... perjanjian ntuk masing-masing di beri kebebasan untuk mencapai cita-cita, tapi di sebabkan kami berdua taknak berpisah so salah sorg kena berkorban dahulu. memandangkan daddy telah ada segalanya tapi mummy harus mencarinya, maka mummy yang dapat tunaikan cita-cita mummy dulu. Alhamdulillah mummy dapat apa yang mummy jangka lambat lagi akan dapat. mummy taget 15 taon lagi baru dpt jadi counselor, sekarang peluang depan mata takkan nak biarkan pulak kan?

Alhamdulillah juga daddy seorang yang sangat-sangat memahami cita-cita mummy. sebab tula dia sanggup tinggalkan segalanya untuk berada di sisi mummy dan menyokong apa yang mummy buat. sumpah tanpa sokongannya mummy takkan berada di sini seperti sekarang. bukan mudah seorang lelaki menjadi 'house husband'... bukan mudah seorang lelaki yang kuat bekerja seperti daddy tu nak dok rumah jaga anak, basuh kain, memasak, kemas rumah. skali denagr cam tak logik. tak wujud. tapi kalian harus berbangga kerana lelaki itu wujud dan menjadi bapa kalian.

bila mummy melahirkan kalian, bila mummy terlepas banyak sweet moment kalian, first words kakak is "daddy"... first words adik is "kakak" then "daddy"... mummy? heheheh... mummy tak salahkan kalian cz macam mana kalian nk mengenali mummy kalau mummy tiada di sisi kan?

jujur mummy cakap mummy sedih.. sedih yg amat. seawal usia kakak 3 bulan mummy dah terpaksa ikuti kursus induksi berminggu lamanya.. tiada siapa yang tahu bagaimana mummy struggle perah susu sebab bagi mummy hanya titik susu itu dpt membuktikan bahawa mummy tetap sayangkan kakak. sesusah mana pun mummy akan cari jalan untuk bagi 'hak' kakak itu. biarpun mummy jauh dari kakak mummy takkan lupakan kakak...
adik pun sampai merajuk taknak menyusu direct nagn mummy sebab mummy cam biskut chipsmore sekejap ada sekejap fly~
sedih, terkilan,kecewa semua ada... tapi ini lah yang mummy pilih. dan mummy susah untuk berpatah balik. itu pengorbanan yang harus mummy buat bila mummy da buat keputusan.

anak-anakku,
setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Allah takkan menciptakan sesuatu yang sia-sia. mummy bersyukur sebab daddy yang jaga rumah. daddy lebih cermat dalam hal-hal rumah tangga. kalo la mummy yang jadi surirumah mesti tunggang tebalik. hahahahahah
rasanya kalian pon tau masakan daddy lebih sedap dari mummy. kalau kakak masih ingat kakak pernah tolak mentah2 masakan mummy dan dengan tak berasalahnya kata tak sedap. huaaa sakit ati tau tak:p
tapi mummy redha. mummy sedar mummy tak pandai satu apapun. daddylah yang banyak ajar mummy tentang kehidupan berkeluarga. daddy yang ajar mummy masak. berani di dapur sehingga mummy pernah buat katering..jeng jeng jeng..:p
so maknanya tiada yang mustahil walaupun pada mulanya kalian tak tau apapun tau=)

mummy berterima kasih dengan didikan daddy pada kalian. kakak seawal usia 2 tahun sudah pandai berdikari, sudah pandai menyayangi keisya sepenuh hati. mummy terkejut saat kakak pandai tidurkan adik, pandai bg susu kat adik till now di usia 3 taon kakak dah pandai urus adik sepenuhnya dan kakak gumbira buat suma tu tanpa di suruh. Alhamdulillah... semua ni kerana didikan daddy juga sebab masa yang paling banyak bersama kalian ialah bersama daddy.

anak-anak mummy,
InshaAllah dalam masa 10 tahun lagi sekiranya mummy masih panjang umur, mummy akan bersama kalian 24-7. InshaAllah.. kita hanya merancang Allah yang tentukan segalanya. dan mummy sentiasa menunggu tarikh itu tiba. di saat itu kakak dan adik sudah pon remaja tapi mummy sangat berharap ia bukanlah suatu kelewatan untuk menyemai kasih bersama kalian.

kakak dan adik,
mummy sangat2 mintak maaf sebab sukar meluangkan masa bersama kalian selama mummy mencari rezeki ini. mummy mungkin nampak sibuk menolong keluarga lain di luar sana, dan mungkin seakan mengabaikan keluarga mummy sendiri. namun mummy bersangka baik kepada Allah, semoga ada orang lain juga yang menjaga keluarga mummy dan mummy di kurniakan zuriat yang memahami tugas mummy ini.

lamanya mummy nak abiskan thread ni... tapi mummy nak kakak dan adik tau tak selamanya mummy mengejar cita-cita mummy, sebab cita-cita mummy yang baru ialah untuk menghabiskan sepanjang masa mummy dengan harta dunia akhirat mummy ini.. mummy sayang kakak dana dik sepenuh hati dan tiada siapa yang dapat menidakkannya..=)

Tuesday 7 January 2014

atuk kamal

bismillah....

:salam:

bersawang blog mummy ni..lama tak mencoret sejuta dua juta patah kata.. heheh... hari ni mummy nak share ngan anak-anak mummy crita pasal atuk kamal.

mummy rasa terkilan bila tengok anak-anak mummy rapat giller ngan atuk eddy... sikit-sikit atuk.. atuk pon manjakan giller anak-anak mummy.. sumer yang kakak nak atuk bagi.. malah stiap kali balik tawau kakak da jadi cam anak atuk ngan nenek, sume ngan atuk ngan nenek jer.. atuk bawak kakak naik lori pusing2 kampung... kakak boleh jer seharian ngan atuk ngan nenek dengan gumbiranya tanpa mummy ngan daddy... betapa rapatnya kakak khasnya ngan atuk... tapi bukan bermakna keisya tak rapat ngan atuk, tapi mungkin sebab keisya masih kecik dan slalu nak bersama menepek ngan mummy tu yang payah... tapi kalau keisya sakit mesti atuk yang obatkan...

mummy pon terfikir, bagaimana kalo papa mummy, atuk kamal masih ada.... mesti atuk kamal pon manjakan kakak ngan adik gila-gila kan? lagipon muka adik just like atuk kamal tau! bawak kakak ngan adik jalan-jalan naik motor.. melepak tepi pantai.. belikan kakak dan adik ice cream.... mesti atuk kamal senyum sokmo bila bersama kakak dan adik...

terharu rasanya bila fikirkan semua tu... kakak dan adik tak sempat nak merasa kasih sayang seorang atuk belah mummy plak.....

tapi takpa la nanti kita boleh jumpa atuk kamal dalam syurga ok sayang!! hari ni mummy cerita sikit sebanyak pasal atuk kamal supaya walaupun kakak dan adik tak sempat bermanja dengan arwah, tapi kurang-kurang kakak dan adik dapat rasa atuk kamal dalam hati kakak dan adik =)

2 januari 1940 atuk kamal di lahirkan. atuk kamal orang perak campo negeri sembilan. atuk kamal ni enseeemmmmm sgt tau! hehhe.. dia susah nak senyum, tapi skali senyum caeeerrrr jer hati yang melihat.. heheh.... atuk kamal ni tak banyak mulut, banyak senyum jer.. tapi skali berkata-kata memang kami adik beradik diam..hahaha cuak! :p

tapi masa kecik-kecik mummy antara yang terapat dengan atuk kamal, sebab ayoh jad, emma era, mama erin, ayoh jeh sumer blajar jao-jao.. tinggal mummy ngan opah ngan atuk kamal je kat rumah tu. opah plak gi kerja, atuk kamal bersara awal sebab sakit jantung. jadi banyak masa atuk kamal dengan mummy lah. atuk kamal yang hantar dan ambil mummy di skolah dengan motor pinjam...lamaaaa barulah atuk beli motor secondhand...heheh..

atuk kamal sangat nak tengok mummy berjaya dalam pelajaran. atuk kamal sanggup antar dan ambil mummy di pusat tuisyen. bila mummy tengok wajah tua atuk kamal yang susah payah hantar dan ambil mummy tu yang membuatkan mummy tekad nak berjaya ntuk bagi kesenangan kepada atuk kamal dan opah.

balik skolah atuk kamal belikan mummy nasi. biasanya nasi ayam cina (lepas atuk kamal meninggal mummy x pernah lagi makan nasi ayam tu sebab atuk kamal je tau kedai tu di mana..huhu).. tak pon nasi minyak ayam goreng berempah..ooohh sedapp!!! biasanya sebungkus nasi kami bahagi 3. satu bahagian ntuk atuk kamal, satu bahagian ntuk mummy, satu bahagian ntuk kucing-kucing kat rumah tu... heheh...

anak-anakku,
waktu itu kehidupan kami serba kekurangan. takda lah kurang sangat.. tapi ntuk bermewah tu memang tiadalah. mummy slalu menabung duet skolah yang atuk kamal bagi setiap hari. kadang-kadang je mummy guna seringgit beli burger.heheheh....
pernah satu ketika tym raya, atuk kamal nak belikan mummy seluar, tapi mummy tau atuk kamal pon takda seluar... mummy bawa atuk kamal gi beli seluar, mummy yang suruh atuk kamal pilihkan yang mana... nasib saiz mummy ngan atuk kamal sama... hehehe...
bila balik rumah mummy bagi seluar tu pada atuk kamal.. konon-konon mummy tak berkenan pulak.. padahal mummy memang nak bagi seluar tu pada atuk kamal. berubah sangat muka atuk kamal.. mummy tau atuk kamal terharu tapi tak berkata-kata..hehehe...

mummy slalu jalan-jalan dengan atuk kamal. ronda-ronda bandar ngan motor... kalau mummy sedih atuk kamal bawak gi pantai... kalau mummy marah atau merajuk atuk kamal pujuk dengan belikan ice cream. setiap bulan bila atuk kamal dapat pencen atuk kamal mesti belanja mummy makan chicken chop! heheh tu feveret mummy tuuu... bila mummy pandai buat puding koktail, hari-hari atuk kamal belikan bahan mintak mummy buatkan puding tu.... setiap kali mummy bergaduh ngan opah atuk kamal akan cepat-cepat keluar gi kedai beli bahan ntuk buat puding koktail... atuk kamal tau, bila dorg makan puding tu pastu puji sedap mesti mummy caeerrrr,,hahahah nakal kan atuk kamal? pernah mummy buat puding masam tapi atuk kamal puji sedap! nampak sangat penipunya..muahahahahha:p

anak-anakku,
atuk kamal seorang yang tegas. kalau salah akan menerima hukuman. kalau betul akan dapat senyuman:p pernah suatu ketika atuk kamal hantar mummy gi skolah dan motor tu pancit. kami terpaksa menolak motor tu sampai ke skolah. berpeluh-peluh kami. sampai skolah cekgu disiplin da tunggu depan pagar dan rotan mummy, depan atuk kamal. atuk kamal slumberrr jer... walhal kalau atuk kamal bagitau cikgu sebab mummy lambat mungkin mummy tak kena rotan kan? uwaaaaa.... tapi atuk kamal diam je... dan berlalu pergi dengan mengheret motor yang berat di bawah panas matahari... mummy tak tau macam mana atuk kamal balik dengan motor yang pancit tu...
di rumah atuk kamal bagi tau mummy, cikgu pukul sebab cikgu nak ajar mummy jadi orang yang berguna, orang yang punctual. biar apapun jadi, ia bukanlah alasan ntuk lambat dan lalai. masa tu mummy belum matang. tak boleh berfikir sejauh atuk kamal. but now i know... bila dah kerja punctual tu sangat penting, mesin punch card tak terima sebarang alasan ntuk tak bagi kad kita yang merah jadi hitam...huhuhu

atuk kamal sangat penyayang... atuk kamal just like atuk eddy... banyak bela binatang.. heheh cuma binatang tu yang berbeza... di rumah atuk kamal, kami pernah bela monyet, kera, arnab, burung, kambing, ular, kucing, memerang, kura-kura. paling sedih masa atuk kamal slalu kena buat rawatan di IJN, masa tu mummy darjah 5, atuk kamal kena lepaskan monyet-monyet dan kera dalam hutan. mummy nangis gila-gila tau. sedih. mummy ikut atuk kamal gi lepaskan monyet tu. sebelum di lepaskan, monyet tu sempat menyambar kaki mummy dan gigit sekuat hati sebelum lari masuk dalam hutan. tak tau apa motif. mummy nangis bukan sebab sakit, tapi sebab sedih yang teramat... mungkin monyet tu marah sebab lepaskan kot..hahahaha...
sekarang, di rumah opah hanya ada kucing je.... atuk kamal suka belai-belai kucing. sama macam ayoh jad =)

atuk kamal juga seorang yang sangat pembersih. hari-hari atuk kamal bersihkan rumah dan halaman rumah. hari-hari menyapu, cabut rumput-rumput kecil yang tumbuh hatta di bawah rumah. atuk kamal sukakan pokok-pokoik bunga, paling dia suka pokok orkid. tapi selepas atuk kamal tiada, mummy pernah buat kerja-kerja tu tapi perghhhh letihnya!!! macam manala atuk kamal boleh buat hari-hari tanpa jemu ya? tangan mummy pon panas, pokok orkid suma mati..adoii~

masa tingkatan 3, mummy pernah suarakan nak jadi psychologist. atuk kamal setuju. opah tak suka. opah nak mummy jadi cikgu matematik. opah kata bahaya main dengan orang gila. muahahhaha:p tapi atuk kamal kata tu kerja yang mulia :p
sebab tu mummy try hard ntuk jadi psychologist. mummy struggle masa spm, mummy tekad nak ambil matrix ntuk short cut masuk universiti. Alhamdulillah mummy dapat masuk kolej matrikulasi perak. atuk kamal orang yang paling gumbira. satu kedai dia announce... paling atuk kamal suka ialah sebab mummy balik ke kampung halamannya..heheh... masa tu bangganya mummy:p

atuk kamal yang paling beria siapkan kelengkapan mummy untuk pergi ke kolej matrikulasi tu. wajah atuk kamal ceria bukan main:p masa cuti semester 1, mummy balik terengganu. atuk kamal bawak mummy jalan-jalan pusing bandar, gi makan ice cream tepi pantai. seperti biasa, tiada borak-borak... tapi mummy terasa lapang.. mummy gembira yang amat bila bersama atuk kamal... atuk kamal bawak pergi window shoppping... banyak yang atuk kamal pegang semua tu warna putih. baju putih, seluar putih. tapi tak heran sebab atuk kamal memang suka putih! atuk kamal tunjuk kasut yang dia sangat suka. mummy berazam nak kumpul duit belikan kasut tu untuk hari raya nanti. hari terakhir bersama atuk kamal, atuk kamal macam berat untuk lepaskan mummy balik. atuk kamal lambat-lambat hantar mummy naik bas sampaikan mummy hampir kena tinggal bas. memang waktu tu mummy merajuk yang amat dengan atuk kamal. sedihnya mummy... kalaulah mummy tau itulah hari terakhir bersama arwah mesti mummy tak sanggup nak merajuk.

31 oct 2004.. 17 ramadhan.. Nuzul Quran... atuk kamal pergi meninggalkan kita semua... waktu tu dalam jam 1140 malam. opah telefon suruh mummy balik secepat mungkin sebab atuk kamal sudah tiada... Ya Allah... mummy rasa bagaikan dunia terhenti. sedih yang amat. ehh tapi mummy tak nanges sebab mummy tak tau nak react macam mana. betapa mummy sangat berharap ianya adalah mimpi semata. mimpi yang sangat ngeri. susahnya nak keluar dari kolej matrikulasi pada malam hari hanya Allah yang tau. mujurlah ada seorang ustaz yang baik hati tolong hantarkan mummy ke kuala lumpur untuk ke rumah emma era. bersama-sama emma era dan mama erin kami balik ke terengganu dengan sejuta perasaan... arwah atuk kamal adalah seorang lelaki yang paling sempurna di mata kami semua. Dialah bapa mummy dunia akhirat.. dan mummy telah kehilangannya untuk selamanya....
susahnya mummy nak habiskan entry ini... airmata non stop plak tu..haihhh~

paling mummy kesali seumur hidup mummy bersama arwah... rasanya belum pernah mummy ungkapkan "puya sayang papa"... mummy terrlalu malu untuk ungkapkan itu..... dan kerana itulah mummy paling terkilan sebab mummy tak pernah ungkapkan... kini walau sejuta kali mummy ungkapkan ia sudah tak berguna...

anak-anakku,
ketahuilah kamu, orang yang paling mummy sayang di dunia ini selain opah dan daddy, adalah atuk kamal. sayangilah atuk kamal sepertimana kalian mengasihi atuk eddy... tanpa atuk kamal mungkin mummy bukanlah seperti mummy kalian pada hari ini. kalau mummy marahkan kalian adalah untuk mendidik kalian menjadi insan yang berguna suatu hari nanti... mummy bukanlah marah sesuka hati.. takda di dunia ini ibu bapa yang membenci anak-anaknya... tiada seorang pun ibu di dunia ini selepas bersusah payah melahirkan anak bertarung nyawa hanyalah untuk merosakkan anaknya itu.. tiada sayangku.

sebelum kalian juga merasai kehilangan, berbaktilah. ucapkanlah sayang, rindu kalian buat kami.. jangan malu dan segan untuk melahirkan perasaan kepada kami ibubapa kalian sendiri... kita tak tahu bila ajal menjemput namun yang pastinya esok hanyalah InshaAllah, sedangkan mati itu PASTI.

anak-anakku,
mummy dan daddy mintak maaf sekiranya kami tidak pandai mendidik kalian. namun kami akan cuba bekalkan sehabis daya ilmu agama buat kalian mengenali yang Maha Pencipta, buat kalian tahu bahawa dunia ini hanyalah sementara, sedangkan akhirat itu adalah selamanya.... umpamanya buat air nescafe,
nescafe itu ibarat dunia, yang hanya perlu sesudu dua bagi melengkapkan segelas air masak yang umpamanya akhirat. nescaya ia sudah memadai untuk merasai betapa enaknya kehidupan di dunia mahupun akhirat kelak.. inshaAllah..

anak-anakku,
hadiahkanlah surah Al-Fatihah buat arwah atuk kamal di sana... bagitau atuk kamal bahawa kalian juga menyanyaginya walaupun kalian tidak sempat untuk bertemu kasih dengannya... namun Arwah Atuk Kamal tetap hidup di hati kita semua.... inshaAllah... amin...

papa...puya sayang papa.... walaupun tak pernah ungkapkan seumur hidup ketika papa masih bernafas di dunia ini, namun puya tau papa tahu bahawa puya sangat sangat sayangkan papa.... kehilangan papa sangat di rasai kami semua di sini... namun sebolehnya papa sudah tersenyum senang di sana bila melihat anak-anak papa di sini membesar menjadi orang yang berguna.... dan papa boleh tengok cucu-cucu papa di sini sangat comel dan membesar dengan jayanya.... tenanglah papa di sana.. InshaAllah kita akan berjumpa lagi di syuga nanti...

Al-Fatihah.......