Wednesday 18 December 2013

kakak dan adik

bismillah.....

:salam:

dear my lurvly harta duniaakhirat =),

semalam (18/12/2013) tym korang da tdo, mummy ngan daddy layan cerita 'parenting guidiance' camtu la kot ejenyer hahahah di saluran 413 (FMP)... luper da mummy...
cerita tentang atuk&nenek nak jaga cucu-cucunya yang pelbagai karekter. seyes lawak.. tapi dalam-dalam lawak tu banyak info yang boleh di kutip. mummy terkesan dengan watak ibu kepada budak tu (lupa da nama watak eekek) coz dier nak jd ibu yang perfect buat anak-anak maka dia sangat marah even kepada kedua orang tuanya sendiri dengan cara ibu bapanya menjaga cucu-cucunya.

anakku,
setiap ibu di dunia ni sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. kalo boleh dia x nak anak-anaknya merasa sikit pon kesakitan, tak mau merasa sedikit pon kesusahan. biarlah dia yang sakit bukan anaknya. begitulah besarnya perasaan seorang ibu anakku. kerana itu ia memang kelihatan seperti bebanan buat menjadi mrs perfect, cepat marah bila apa yang dilakukan tp x menjadi, bila anak-anak tak mengikut kata, bila anak-anak di timpa kesakitan. semuanya.

watak dalam cerita semalam, sang ibu ingatkan 'biola' itu adalah kesukaan anaknya yang sulung, lalu di hantar anaknya ke sekolah muzik, masukkan ke dalam ujibakat pemuzik cilik kerana ingatkan itulah yang anaknya mahukan sehinggakan si anak merasa tertekan dengan ujibakat itu. sedangkan itu mungkinlah hanya permainan kesukaan namun bukan keutamaan. secara ringkasnya apa yang difikirkan terbaik buat si anak oleh si ibu MUNGKIN bukanlah yang terbaik buat anaknya.

kakak (Delisya Sara Humayra),
mummy mungkin nampak kejam pada kakak. mummy train kakak menjadi kakak di usia yang sungguh muda. mummy salah mungkin, mummy mintak maaf sekiranya bila kakak terasa terbeban dengan tanggungjawab yang mummy berikan.
hakikatnya kakak mendapat adik di usia yang sungguh kecil (setaon 6 bulan). di usia yang kakak seharusnya masih menempel dengan mummy, masih perlukan perhatian penuh daripada mummy dan daddy.. namun kakak sudah perlu berkongsi segalanya dengan keisya (keisya zara zulayqa).

pada awalnya memang kakak kelihatan tak suka pada adik. kakak tau? 3 hari mummy di hospital hari-hari mummy nanges rindukan kakak.. hidup mummy sunyi tanpa kakak. bila balik kakak menjauhi mummy sebab merajuk mummy takda tiba-tiba bawak adik. heheh sungguh comel di waktu kakak cuba merampas tempat ketika adik sedang menyusu. kakak buat macam-macam untuk tarik perhatian mummy. perhatian mummy masih padamu sayang, cuma mungkin di waktu itu mummy lagi sakit dan perlu bagi perhatian juga kepada keisya. mummy mintak maaf sekiranya ia menjadi kekurangan buatmu. namun slowly kakak semakin menghampiri keisya, mula mencium keisya setelah seminggu usia keisya kakak mula dapat terima kehadiran keisya dalam keluarga kita. Alhamdulillah. tak lama masa yang kakak ambil untuk meng'adapt' suasana itu. setyelah 2 minggu usia keisya kakak bagaikan tak boleh lagi di pisahkan dengan keisya. setiap masa kakak ingin mencium keisya, bermain dengan keisya. tapi sayang, keisya masih kecil dan belum mengerti ajakan ajakan kakak. kakak cuba mengangkat keisya, menghayun keisya. owh mummy cam histeria jap..mungkin mummy terrrrrbesar suara ketika terkejut. namun ia tak bermakna mummy bencikan kakak. mummy mintak maaf.

dari awal mummy nampak kematangan kakak terserlah. kakak suka di beri tanggungjawab. kakak suka di panggil kakak. kakak suka bila di arah. kakak marah bila kami tak bagi tanggungjawab kepada kakak. dan di waktu itu juga mummy mungkin tak tau macam mana nak bahagi kasih sayang sama rata. kweisya masih kecil. belum kenal erti berdikari, seharusnya mummy dan daddy banyak membantu keisya dan mungkin kakak nampak seakan kakak di abaikan. tidak sayang. cuma kakak sudah pandai pakai baju sendiri. malah sangat suka pakai baju sendiri di usia 2 taon. sedangkan keisya masih perlu di pakaikan baju.

anakku humayra,
mummy nampak kakak sangat suka menjaga keisya. bila mummy mintak kakak susukan keisya kakak sangat suka melakukannya. malah selalu curi-curi berikan keisya botol walaupun botol itu kosong. kakak tak boleh dengar keisya menangis mesti cepat-cepat memujuk keisya. oh anakku, mummy sangat terharu. dirimu masih kecil untuk mengetahui dan memahami dia adikmu, namun kakak bagaikan tahu keisya berkongsi darah denganmu jua. sebab itu pabila semakin besar mummy biarkan kakak lakukan apa saja ntuk adik. bila keisya dah boleh makan, kakak yang pertama suapkan keisya makan. malah sebutan pertama keisya adalah "KAKAK". proses nak panggil nama adik pon mummy panggil kakak untuk buat keputusan walaupun mungkin kakak belum mengerti. mummy masih ingat di waktu itu mummy, daddy dan kakak.. mummy tanya kakak:

mummy: kakak, nama adik keisya zara zulayqa... nak panggil apa?
kakak blurr
mummy: zara??
kakak geleng kepala
mummy: zulayqa?
kakak blurr
mummy: keisya?
kakak : keicha?
mummy: ok.. so keisya???
kakak: ermmm keicha

mungkin tu jer yang kakak pandai sebut..hahahah~ tapi sekurang-kurangnya mummy tanya kakak tau! hehe nampak tak kakak tak di ketepikan walau ada adik? kakak masih mummy dan daddy sayang sepenuh hati =)

kakak,
sayangilah keisya tak kira bagaimana dia di waktu kamu susdah pandai membaca blog mummy ini sebagaimana kamu sayangkan keisya di waktu mummy menaip blog ini. mummy sangat terharu melihat kalian membesar bersama dengan penuh kasih sayang. setiap masa berpelukan,setiap masa mencium pipi, bersalaman. walaupun bertengkar macam mana teruk pun akhirnya kalian akan berpelukan dan bersalaman tanpa ego~
bila mummy marah kakak, keisya akan berlarian memeluk kakak, memberi kekuatan. bila keisya menangis kena marah, kakak akan memeluk keisya dan memujuk keisya. kalian buat mummy terharu dengan kerapatan kalian. banyak yang mummy belajar daripada anak-anak mummy ini.

kakak tak perlu di ajar berkali-kali. skali tengok terus faham. janji ada demo dulu. pastu kakak akan ikut sejibik cam yang kami tunjuk mula-mula.
mummy dan daddy sangat impresseddd tengok cara kakak... hmm nanti lah mummy cerita lagi dari hari ke hari yer terlalu banyak yang mummy nak cerita sampai tak tau bagaimana harus di mulai..

berbalik kepada cerita parenting guidiance tu, apa yang mummy belajar is MOM NOT ALWAYS RIGHT. ingatkan mummy kalau mummy terlupa ungkapan ini suatu hari nanti yer sayang. ada masa kakak lah yang perlu bersuara untuk kehidupan kakak, seandainya ada yang kakak rasa terbaik buat diri kakak, luahkan saja, mummy dan daddy akan pertimbangkan buruk dan baiknya dan sekiranya itu tidak bercamnggah dengan islam, mummy dan daddy benarkan sayang.
begitu juga adik... apa juga yang adik mahukan, sekiranya mummy dan daddy mampu bagi dan ia bukanlah melanggar syarak, inshaAllah kami akan tunaikan.

namun pokok pangkalnya, kita di dunia ini tetap akan di uji.. walau bagaimana hebatpun kami menjaga kalian, kalian tetap bakalan di uji. Allah telah berfirman Dia akan sentiasa menguji hamba-hambaNya dengan 5 perkara ini:

1- dengan rasa ketakutan, kerisauan,keresahan
2-  dengan kelaparan
3- dengan kekuranga harta
4-kehilangan nyawa
5-hasil tanaman hilang

surah Al-anbiya

dengan ini anak-anakku yang dicintai Allah sekalian, jangan salahkan sesiapa sekiranya kalian merasai ujian-ujian di atas... sesungguhnya itu hanyalah ujian daripadaNya untuk melihat seteguh mana imanmu, sebesar mana kesabaranmuy sayang... berserahlah kepada Allah sesungguhnya hanya Allah yang boleh menolong kalian ketika diuji. mummy dan daddy serta keluarga kita adalah perantaraan nikmat itu sahaja. ingat anak-anakku sayang satu pesanan mummy di entri ini "BERGANTUNGLAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA DAN MAHA KUASA"..







No comments:

Post a Comment