Wednesday 18 December 2013

kakak dan adik

bismillah.....

:salam:

dear my lurvly harta duniaakhirat =),

semalam (18/12/2013) tym korang da tdo, mummy ngan daddy layan cerita 'parenting guidiance' camtu la kot ejenyer hahahah di saluran 413 (FMP)... luper da mummy...
cerita tentang atuk&nenek nak jaga cucu-cucunya yang pelbagai karekter. seyes lawak.. tapi dalam-dalam lawak tu banyak info yang boleh di kutip. mummy terkesan dengan watak ibu kepada budak tu (lupa da nama watak eekek) coz dier nak jd ibu yang perfect buat anak-anak maka dia sangat marah even kepada kedua orang tuanya sendiri dengan cara ibu bapanya menjaga cucu-cucunya.

anakku,
setiap ibu di dunia ni sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. kalo boleh dia x nak anak-anaknya merasa sikit pon kesakitan, tak mau merasa sedikit pon kesusahan. biarlah dia yang sakit bukan anaknya. begitulah besarnya perasaan seorang ibu anakku. kerana itu ia memang kelihatan seperti bebanan buat menjadi mrs perfect, cepat marah bila apa yang dilakukan tp x menjadi, bila anak-anak tak mengikut kata, bila anak-anak di timpa kesakitan. semuanya.

watak dalam cerita semalam, sang ibu ingatkan 'biola' itu adalah kesukaan anaknya yang sulung, lalu di hantar anaknya ke sekolah muzik, masukkan ke dalam ujibakat pemuzik cilik kerana ingatkan itulah yang anaknya mahukan sehinggakan si anak merasa tertekan dengan ujibakat itu. sedangkan itu mungkinlah hanya permainan kesukaan namun bukan keutamaan. secara ringkasnya apa yang difikirkan terbaik buat si anak oleh si ibu MUNGKIN bukanlah yang terbaik buat anaknya.

kakak (Delisya Sara Humayra),
mummy mungkin nampak kejam pada kakak. mummy train kakak menjadi kakak di usia yang sungguh muda. mummy salah mungkin, mummy mintak maaf sekiranya bila kakak terasa terbeban dengan tanggungjawab yang mummy berikan.
hakikatnya kakak mendapat adik di usia yang sungguh kecil (setaon 6 bulan). di usia yang kakak seharusnya masih menempel dengan mummy, masih perlukan perhatian penuh daripada mummy dan daddy.. namun kakak sudah perlu berkongsi segalanya dengan keisya (keisya zara zulayqa).

pada awalnya memang kakak kelihatan tak suka pada adik. kakak tau? 3 hari mummy di hospital hari-hari mummy nanges rindukan kakak.. hidup mummy sunyi tanpa kakak. bila balik kakak menjauhi mummy sebab merajuk mummy takda tiba-tiba bawak adik. heheh sungguh comel di waktu kakak cuba merampas tempat ketika adik sedang menyusu. kakak buat macam-macam untuk tarik perhatian mummy. perhatian mummy masih padamu sayang, cuma mungkin di waktu itu mummy lagi sakit dan perlu bagi perhatian juga kepada keisya. mummy mintak maaf sekiranya ia menjadi kekurangan buatmu. namun slowly kakak semakin menghampiri keisya, mula mencium keisya setelah seminggu usia keisya kakak mula dapat terima kehadiran keisya dalam keluarga kita. Alhamdulillah. tak lama masa yang kakak ambil untuk meng'adapt' suasana itu. setyelah 2 minggu usia keisya kakak bagaikan tak boleh lagi di pisahkan dengan keisya. setiap masa kakak ingin mencium keisya, bermain dengan keisya. tapi sayang, keisya masih kecil dan belum mengerti ajakan ajakan kakak. kakak cuba mengangkat keisya, menghayun keisya. owh mummy cam histeria jap..mungkin mummy terrrrrbesar suara ketika terkejut. namun ia tak bermakna mummy bencikan kakak. mummy mintak maaf.

dari awal mummy nampak kematangan kakak terserlah. kakak suka di beri tanggungjawab. kakak suka di panggil kakak. kakak suka bila di arah. kakak marah bila kami tak bagi tanggungjawab kepada kakak. dan di waktu itu juga mummy mungkin tak tau macam mana nak bahagi kasih sayang sama rata. kweisya masih kecil. belum kenal erti berdikari, seharusnya mummy dan daddy banyak membantu keisya dan mungkin kakak nampak seakan kakak di abaikan. tidak sayang. cuma kakak sudah pandai pakai baju sendiri. malah sangat suka pakai baju sendiri di usia 2 taon. sedangkan keisya masih perlu di pakaikan baju.

anakku humayra,
mummy nampak kakak sangat suka menjaga keisya. bila mummy mintak kakak susukan keisya kakak sangat suka melakukannya. malah selalu curi-curi berikan keisya botol walaupun botol itu kosong. kakak tak boleh dengar keisya menangis mesti cepat-cepat memujuk keisya. oh anakku, mummy sangat terharu. dirimu masih kecil untuk mengetahui dan memahami dia adikmu, namun kakak bagaikan tahu keisya berkongsi darah denganmu jua. sebab itu pabila semakin besar mummy biarkan kakak lakukan apa saja ntuk adik. bila keisya dah boleh makan, kakak yang pertama suapkan keisya makan. malah sebutan pertama keisya adalah "KAKAK". proses nak panggil nama adik pon mummy panggil kakak untuk buat keputusan walaupun mungkin kakak belum mengerti. mummy masih ingat di waktu itu mummy, daddy dan kakak.. mummy tanya kakak:

mummy: kakak, nama adik keisya zara zulayqa... nak panggil apa?
kakak blurr
mummy: zara??
kakak geleng kepala
mummy: zulayqa?
kakak blurr
mummy: keisya?
kakak : keicha?
mummy: ok.. so keisya???
kakak: ermmm keicha

mungkin tu jer yang kakak pandai sebut..hahahah~ tapi sekurang-kurangnya mummy tanya kakak tau! hehe nampak tak kakak tak di ketepikan walau ada adik? kakak masih mummy dan daddy sayang sepenuh hati =)

kakak,
sayangilah keisya tak kira bagaimana dia di waktu kamu susdah pandai membaca blog mummy ini sebagaimana kamu sayangkan keisya di waktu mummy menaip blog ini. mummy sangat terharu melihat kalian membesar bersama dengan penuh kasih sayang. setiap masa berpelukan,setiap masa mencium pipi, bersalaman. walaupun bertengkar macam mana teruk pun akhirnya kalian akan berpelukan dan bersalaman tanpa ego~
bila mummy marah kakak, keisya akan berlarian memeluk kakak, memberi kekuatan. bila keisya menangis kena marah, kakak akan memeluk keisya dan memujuk keisya. kalian buat mummy terharu dengan kerapatan kalian. banyak yang mummy belajar daripada anak-anak mummy ini.

kakak tak perlu di ajar berkali-kali. skali tengok terus faham. janji ada demo dulu. pastu kakak akan ikut sejibik cam yang kami tunjuk mula-mula.
mummy dan daddy sangat impresseddd tengok cara kakak... hmm nanti lah mummy cerita lagi dari hari ke hari yer terlalu banyak yang mummy nak cerita sampai tak tau bagaimana harus di mulai..

berbalik kepada cerita parenting guidiance tu, apa yang mummy belajar is MOM NOT ALWAYS RIGHT. ingatkan mummy kalau mummy terlupa ungkapan ini suatu hari nanti yer sayang. ada masa kakak lah yang perlu bersuara untuk kehidupan kakak, seandainya ada yang kakak rasa terbaik buat diri kakak, luahkan saja, mummy dan daddy akan pertimbangkan buruk dan baiknya dan sekiranya itu tidak bercamnggah dengan islam, mummy dan daddy benarkan sayang.
begitu juga adik... apa juga yang adik mahukan, sekiranya mummy dan daddy mampu bagi dan ia bukanlah melanggar syarak, inshaAllah kami akan tunaikan.

namun pokok pangkalnya, kita di dunia ini tetap akan di uji.. walau bagaimana hebatpun kami menjaga kalian, kalian tetap bakalan di uji. Allah telah berfirman Dia akan sentiasa menguji hamba-hambaNya dengan 5 perkara ini:

1- dengan rasa ketakutan, kerisauan,keresahan
2-  dengan kelaparan
3- dengan kekuranga harta
4-kehilangan nyawa
5-hasil tanaman hilang

surah Al-anbiya

dengan ini anak-anakku yang dicintai Allah sekalian, jangan salahkan sesiapa sekiranya kalian merasai ujian-ujian di atas... sesungguhnya itu hanyalah ujian daripadaNya untuk melihat seteguh mana imanmu, sebesar mana kesabaranmuy sayang... berserahlah kepada Allah sesungguhnya hanya Allah yang boleh menolong kalian ketika diuji. mummy dan daddy serta keluarga kita adalah perantaraan nikmat itu sahaja. ingat anak-anakku sayang satu pesanan mummy di entri ini "BERGANTUNGLAH SEPENUHNYA KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA DAN MAHA KUASA"..







wakah buat Eisyas

Bismillah...

:salam:

anak-anakku yang tersayang,

hari ni mummy nak kopipes satu cerita yang baru mummy bacer tadi. semoga ia menjadi pegangan buat anak-anak kesayangan mummy dalam menjalani kehidupan seperti hamba Allah..

kisah Rasulullah, nabi junjungan kita yang tercinta...

"~ Kisah Rasulullah SAW
Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

Baginda juga memerah susu kambing
untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah,
bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah,
baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan,
baginda cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
"Belum ada sarapan ya Khumaira?"
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
"Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini."
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda,
"sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit..."
desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat
yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka,
seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah,
hingga pernah baginda terjatuh,
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat" 

anak-anakku,

sentiasa bacer buku kisah Rasulullah yer syg.. mummy banyakk koleksi buku-buku Rasul junjungan yang Mulia ni.. banyak yang kita boleh ambil dan jadikan Rasulullah sebagai role model kita dalam kehidupan seharian.
contohilah baginda ketika kecilnya seorang yang sangat mendengar kata, sangat lembut dalam bertutur kata, malah menyenangkan hati kepada sesiapapun yang hatta memandangnya...

contohilah Rasulmu ini nak, ketika remajanya yang tak pernah di habiskan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. tidak malu menjadi pengembala kambing tika orang lain sebok mencari nikmatnya waktu remaja. Baginda sendiri awal belajar tentang hidup sebagai saudagar...

anak-anak ku tersayang,
sekiranya ada di antara anak-anak mummy ngan daddy nanti sangat berminat untuk menjadi seorang saudagar (bussinessman/women) contohilah sikap Rasulullah ketika menjadi saudagar. janganlah kalian menipu tentang barangan yang dijual, janganlah memikirkan keuntungan dunia semata. duit boleh di cari nak... carilah keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat. janganlah kamu menipu timbangan (neraca) kelak ketika kamu di timbangkan dalam neraca mizan di akhirat kelak, timbanganmu akan berat sebelah nak, berat di belah dosa... takutlah kita semua dengan azab neraka sayang... mummy dan daddy sangat-sangat berharap kalianlah yang bakal membantu kami untuk masuk syurga.

anak-anakku yang tercinta,
kelak suatu masa kamu bakal mencari erti kasih sayang cinta yang akan menhenjak-henjak hatimu. carilah nak... perkara biasa untuk mencintai dan di cintai. ia bahkan tidak mengenal usia. mummy dan daddy sudah merasainya sayang. dan mummy sepenuh hati tidak akan melarangnya. Ya! mummy mengizinkannya, tapi tidak bermakna kami mengizinkan kamu ntuk berbuat sesuka hati dalam kehidupan sosialmu. sayang, letaklah di hatimu untuk mencari keredhaan Allah.. carilah cinta yang halal buatmu.. carilah orang yang akan menjadi imammu, orang yang akan membimbingmu ke jalan Allah sayang.. justeru sekiranya berkenanan, bawa;ah dia mengadap mummy ngan daddy.. carilah restu daripada kami ya anak. sekiranya mummy reject percayalah ia mungkin ada hikmahnya buatmu. mummy x cari yang kaya dunia sayang, mummy tak tengok berapa besarnya harta yang dia boleh longgokkan kepadamu atau ibubapamu ini, yang mummy inginkan seseorang yang boleh menjagamu di dunia dan akhirat sayang. janganlah kamu leka dengan duniawi. cinta dunia itu hanyalah mainan nafsu semata sayang...

anak-anak mummy yang di redhai Allah,
di zaman mummy melahirkanmu ini adalah zaman yang sangat mencabar bagi seorang remaja di mana banyak kes-kes sosial remaja yang mummy jumpa. kes ;ari dari rumah kerana mengikut boyfriend, kes rempit, kes bohsia, kes zina bermaharajalela, kes buang anak dan macam-macam lagi yang menyebabkan mummy sangat sangat takut untuk membesarkan kalian di zaman ini... mummy tak boleh nak imagine bagaimana ketika kalian dewasa nanti, bolehkah kalian mengadap pelbagai dugaan yang penuh pancaroba itu... 
namun mummy berharap sepenuhnya kepada Tuhan kita sayang... mummy yakin sekiranya mummy dan daddy telah bagi sepenuhnya ilmu yang cukup ia mungkin boleh menjadi panduan sampingan buat anak-anak mummy mengharungi dugaan dunia. apapun sayang peganglah Al-Quran dan sunnah nabi sayang... itulah tali pegangan kamu untuk terus berjalan ketika gelap, itulah penyelamat ketika tersalah laluan... ikutilah nur Islam sayang, hanya itulah penyelamatmu kelak...

sayang anak-anakku yang setakat ini Delisya Sara Humayra dan Keisya Zara Zulayqa (kalo ada lagi nanti mummy tambah nama yer sayang..hahahah), ketika kalian marahkan mummy dan daddy, ketika kalian mungkin suatu hari nanti merasakan mummy dan daddy tak paham apa yang kalian mahukan, bacalah warkah ini... sesungguhnya tiada seorangpun ibubapa di dunia ini yang tidak sayangkan anak-anaknya, tiada seorangpun yang ingin melihat anak-anaknya menderita.. tiada apa yang kami mahukan selain daripada melihat kalian membesar menjadi seorang manusia yang berguna. Hanya itu.

 

Tuesday 17 December 2013

cemburu

bismillah...

:salam:

anak-anakku....
sebenarnya dulu mummy ader blog gak.. tapi da delete sebab daddy marah ingat perkara lepas... pastu daddy ader blog gak pastu dier luper apa blognyer dan luper passwordsnyer..heheheh:p
bila da buat blog ni mummy da blurr plak nak merapu aper dulu....
mummy suker menyemak kat status facebook sebelom ni..tapi cam hareemm plak taip panjang2... plusssss facebook tu mummy share ngan daddy!!! hahahah

anak-anakku...nak tau satu perkara??
mummy ngan daddy sangat JELES each other.. tahap cemburu kami meledak ledak cam larva gunung berapi.muahahha... sebab tu dulu daddy x bagi mummy ader facebook....mummy plak jeles gaak kalo daddy sebok berfacebook ngan pompuan lain... maka demi nak stay connected ngan org semenanjung (tercampak kat pulau kannnn) dan demi nak ikot peredaran zaman (kononnn) kitorg pon wujudkan facebook BERSAMA... tapi tym tu daddy punyer syarat hanya boleh berfacebook dengan dia jer..n mummy tak tau apa passwords facebook kami... amacam hebat tak penangan jeles kami? ahahhaha

but masa hari kelahiran kakak..DELISYA SARA HUMAYRA daddy dah hadiahkan mummy 'passwords facebook'.... satu-satunya hadiah yang tak pernah di buat dek orang....
muahahahhahaha:p

anak-anakku....
jeles tu lumrah... semua orang yang normal akan merasainya... yang tak normalnya bila jeles tu jadi bahaya, ganggu kesejahteraan orang or orang yang di jeles tu cam tak boleh nak terima tahap kejelesan itu atau bender yang nak di jeles tu tak masuk akal... cuntuh? even gi beli kat kedai mamak pon kne tuduh curang pastu main pukul2 mamak tu kater goda bininya~ tu memang melampau la... huahua:p

tapi jeles tu tandanya kita sayang... jeles tu tandanya kita takot kehilangan.. jeles tu tanda cinta bermaharajalela.... kita sebenarnya di tuntut untuk jeles beberapa perkara:

1) cemburu kepada orang alim
# bila jeles ngan orang alim kita bukan la kene bunuh dia... tapi kita kena melipatkaligandakan usaha untuk buat pahala..beribadah lebih dari orang alim itu.. bersedekah lebih lai dari dermawan itu dan buat lebih banyak lagi perkara-perkara yang baik..

2) cemburu kepada orang kaya
# bukan dengan menjatuhkan orang itu, tetapi melihat hartanya yang melimpah, maka giatlah uasaha kita untuk mencari kesenangan lebih dengan niat untuk kesenangan anak cucu tapi tidak lah sampai menggadaikan akhirat...
mummy ader baca buku kisah-kisah teladan daripada hadis (lupa dah tajuknya): dalam tu ada cerita pasa nabi Ayub kalau tak silap nanti mummy balik cek~
nabi Ayub antara nabi yang terkaya... suatu hari nabi Ayub ni di datangi belalang emas dan baginda ingin menangkapnya, lalu turunlah wahyu daripada Allah yang bertanya lebih kurang gini lah
"buat apa lagi Kau menginginkan belalang emas tu, tak cukupkah harta yang kau miliki sekarang?"
tapi nabi Ayub menjawab "aku masih inginkan keberkatan daripadaMu ya Tuhanku"

so maknanya tak salah nak cari keberkatan (duit) tapi jangan sampai melupakan akhirat...=)

3) cemburu kepada keluarga
# bab ni memang biasa berlaku... kakak jeles adik, adik jeles kakak, mummy jeles bila eisyas ngan daddy, daddy jeles bila......??errr xtau masa bila daddy pandai jeles sebab daddy cam tak pandai jeles langsung..huahua:p

tak payahla korang berebut nak amek ati mummy ngan daddy, sebab mummy ngan daddy sayang korang same rata jer... kakak ader yang lebih bahagian tertentu, adik ada kelebihan yang tertentu buat mummy ngan daddy sayang lebih seposen..hahaha tapi pokok pangkalnya mummy ngan daddy sayang samarata... both ada special..

kakak pandai amek ati mummy ngan tunjukkan kerajinan kakak, tunjuk kematangan kakak..kakak suka massage mummy, ameka ti mummy... kalo kakak marah pon x sampai seminit mesti pastu cium tangan mummy, cium pipi mummy dan peluk mummy.. macam mana mummy nak marah lama-lama??

adik pulak suka buat muka comel tym kena marah... adik akan buat muka blurr pastu senyum..bila mummy marah lagi adik blah dari situ cam takde apa-apa yang berlaku pastu tegur kakak la tiara la macam takde apa yang jadi pon... macam mana la mummy nak marah bila buat muka cumey tahap dewa tu??!!

bak kata lagu Aishiteru

"cemburu tanda cinta, marah tandanya sayang.. bila dekat bertengkar, bila jauh ku rindu... yang kutau ku sentiasa Aishiteru~~~"

bila mummy,daddy melihat anak-anak...kompem hilang rasa jeles pada orang lain sebab kami dah ada segalanya yang di inginkan oleh manusia yang lain... kebahagiaan dunia akhirat. InshaaAllah =)



 kakak dan adik sama-sama paling lawak dalam hati mummy ngan daddy

durafelton

bismillah..

:salam:

dear anak-anakku.... tau ker camner mummy ngan daddy boleh ketemu?? ehe~
FIRST adalah sebab JODOH! muahahhaha:p
okeh... meh mummy crita yer.. sila bersabar membacernyer~

sebelom berceloteh mummy ngan daddy akan btau camner prangai we both used tooo~
daddy seorang yg cool tp cam blurr blurr masa mummy knal.. mummy lak org kater bukan mummy kater agak player (daddy pon kater mummy ni player..hahhaha ampeh)

:2006:

mummy maser tu ngah heart-broken dan sebok buat myspace ntuk ilangkan kekeciwaan...
on 060606 ~ daddy meng-add mummy.. tym tu nothing in our head (stelah acukan parang kat daddy soh tell da truth n he admit still no feeling at all maseer add mummy tu....cheh jer kn? haha)
ingat lagi kitorg chatting juz nothing~
tuptap 1 perkara yang menarik dalam perkenalan kami is kami same birthday! 12 MEI just taon jer lain-lain... mummy staon 'lebih' dari daddy (bukan tua okeh!)
hanya di situlah perkenalan daddy ngan mummy... kitorg just chat di myspace. blabla yg bender x best. tiada perkongsian tentang apa2 yg intim malah pendek kata xde bender best pon. seyesly mummy x pnah terpk pon mummy akan jatuh ati pada daddy yang guna nick 'mr. papaya' tym tu...

:2007:

10072007 tiba~tiba daddy muncul dgn tiba2 main-main misscalled mummy.. kitorg lawan misscalled smpai dia ngaku kalah then called mummy hanya untuk mengaku kalah then letak. gila kan? hahah yer daddy korg mmg giller:p
hari hari dia buat camtu.. seyesly it makes myday. setiap hari mummy cam tertunggu tunggu dier misscalled. dunnoe why =)
15072007 daddy msg mummy tertiber then bgtau dia nak mengenali mummy lebih dari seorang kawan. pelik.tapi benar. setelah staon just chat chat d myspace. x pnah talk aper2 about personal life tiba-tiba jer daddy text camtu. then daddy called mummy yg kebetulan ada kat rumah. mummy soh cakap ngan opah. dengan slumber dia cakap ngan opah "boleh x saya nak kawan dengan anak makcik?".... opah merah muka.. mummy blurr.. hahah dalam kapala otak mummy mmg daddy gillllerrrr~~

pendek citer opah merestui persahabatan mummy ngan daddy..malah opah lah yang paling beria soh kami cecepat kapel.. hah amacam sporting x opah korang??:p

07102007 first date mummy ngan daddy... mummy masih ingat tym tu bulan ramadhan. mummy g KL teman kawan mummy unty aerun (alasan jer tu hahha). mlm tu mummy ngan daddy solat terawikh kat masjid jamek pas dari solat tu daddy tanyer soklan yg pnah daddy tanyer sblom ni dlm telipon... "apa yg awak anggap saya?".. mummy still no feelings n no answer... seyes mummy rasa suka berkawan ngan daddy n beberapa bulan sblom ni daddy is my bestfriend! mummy xnak ilang daddy sebagai sahabat paling baik.. itu yg mummy fikir~ then malam tu kami bersahur... dan di waktu itu, cara daddy layan mummy~~ itu yang buat mummy rasa touching sangat... dia jaga mummy, dia layan mummy, dia manjakan mummy - just like atok kamal layan mummy. yes just like my papa!
di waktu itu mummy akui mummy x boleh kehilangannya.
kire kapel la... hehe cara kapel? nenanti jer la mummy citer next entry okeh..:p

3 hari mummy ngan daddy bersama segalanya bagaikan mimpi... daddy jaga mummy sgt sgt sgt.. daddy ramai org kenal dier, tua muda budak laki pompuan macam2 jenis org... dan mereka sume ingat kitorg da lama kenal dan da nk kawen cz cara daddy layan mummy =)

Alhamdulillah perkenalan dan perhubungan kami di restui kedua belah pihak (kalo x restu x der la kami kawen ye dok?hehheh)




ni gambar pertama kami ambil masa festym met =) *macam chumeyy jer kannn..hahahaha


anakku eisyas....
mummy seorang yang mudah bosan, mummy bukanlah insan yang bernasib baik dalam percintaan..berjuta kali kecundang sehinggakan dikenali s 'player' sedangkan mummy sedang mencari apa makna CINTA yg org sumer dok cari.....
tapi mummy leka dan alpa... itu semua hanyalah duniawi... usahlah berbicara tentang cinta pada manusia sekiranya cinta pada diri pon belum dilakukan...

begitu juga dengan daddy... dia pon  bukanlah someone perfect yang dihantar sebagai ustaz untuk menuntun mummy.... dia pon berlatar belakangkan player...

-nah player jumpa player-....

namun pabila kami berjumpa, sumtin inside terbentuk dan sukar untuk mummy olah menjadi cerita sebab tak reti..hehehe

tapi kami berjanji untuk tak mengulangi kesilapan lalu dan bersedia untuk berubah..kami tekad mencabar diri untuk setia. dan InshaaAllah akan ada halangan untuk menjadi yang lebih baik ntuk test kita sama ada bersungguhkah pada jalan itu...

Alhamdulillah anakku... 3 taon menyulam cinta mummy dan daddy akhirnya berkahwin pada 14 februari 2010 =)

mummy selalu titik beratkan hubungan persahabatan di dalam cinta kami. sebab itulah kakak dan adik mungkin tengok mummy ngan daddy kadang2 just like friends/bestfriends bila bersama. yes most of the times kami akan jadi kawan yang paling rapat... kadang-kadang kami menjadi musuh untuk membentuk peribadi yang lebih baik.. dan diwaktu korang tido barulah kitorg jadi pasangan kekasih yang romentikkk..muahahhahah:p

oke anakku..nanti mummy sambung yer.... <3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.......

:salam:

tiba tiba hari ini tergerak atiku ntuk bukak blog... y? sebab daku gila menulis... gila mengarang dan gila segila gilanya... ehe~
nope~
sebab banyak yang ako nak cerita buat tatapan anak2ku kelak... terasa rugi kalo ako simpan buat pekasam sengsorang jer~
motif ku kelak bila both eisyas da dewasa (kot2 ader lagi adik eisyas pas ni) dorang ley tau camner mummy ngan daddynyer kenal smpai la macam mana peel dorg maser kecik2...hehe
pluss pluss semoga mereka dapat 'sumtin' daripada pengalaman-pengalaman mummy n daddy yang boleh di jadikan pedoman hidup~~

so eisyas.... jom start from beginning~~~ from bagaimana mummy ngan daddy kenal okeh ;)