Monday 20 January 2014

planning for future

:bismillah:

salam anak-anak mummy yang terchenta.. lama mummy tak spend tym sini kan...

harini mummy nak share about 'give n take'...

anak-anakku,
sekiranya bila besar kang kalian terfikir knapa daddy d rumah mummy d opis? bacalah ini syang... mummy akan terangkan segalanya..

anak-anakku,
cita-cita mummy ialah mummy nak jd psychologist.. tapi mummy tak amek sains.. hahah sbb tu mummy jd counselor. tp i lurv this proffession. mummy rasa tenang dan rasa berguna bila dpt tolong org, walaupun hanya tolong dengar. hehehe... dan daddy tahu itulah keinginan mummy. i enjoy bila dpt jd gud listener, mummy suka bercakap, mummy gila mic, sebab tu la tym karoke jangan harap mummy bagi kalian mic walaupun kalian berguling2 nangis... hahahahah kijam kah? hakikat syg, inilah mummymu...agagagga:p

sebabkan kegilaan mummy itulah mummy buat perjanjian dengan daddy...
kami kahwin awal, di masa masing-masing masih ingin mengejar impian. impian daddy sudah ada di tawau. kemahuan daddy ada di sana. daddy ada ladang untuk di kerjakan, daddy ada lori yang di ingininya,daddy dah ada segalanya di tawau. sedangkan mummy? i have nothing.
sebab tu lah sebelum kahwin kami buat perjanjian... perjanjian ntuk masing-masing di beri kebebasan untuk mencapai cita-cita, tapi di sebabkan kami berdua taknak berpisah so salah sorg kena berkorban dahulu. memandangkan daddy telah ada segalanya tapi mummy harus mencarinya, maka mummy yang dapat tunaikan cita-cita mummy dulu. Alhamdulillah mummy dapat apa yang mummy jangka lambat lagi akan dapat. mummy taget 15 taon lagi baru dpt jadi counselor, sekarang peluang depan mata takkan nak biarkan pulak kan?

Alhamdulillah juga daddy seorang yang sangat-sangat memahami cita-cita mummy. sebab tula dia sanggup tinggalkan segalanya untuk berada di sisi mummy dan menyokong apa yang mummy buat. sumpah tanpa sokongannya mummy takkan berada di sini seperti sekarang. bukan mudah seorang lelaki menjadi 'house husband'... bukan mudah seorang lelaki yang kuat bekerja seperti daddy tu nak dok rumah jaga anak, basuh kain, memasak, kemas rumah. skali denagr cam tak logik. tak wujud. tapi kalian harus berbangga kerana lelaki itu wujud dan menjadi bapa kalian.

bila mummy melahirkan kalian, bila mummy terlepas banyak sweet moment kalian, first words kakak is "daddy"... first words adik is "kakak" then "daddy"... mummy? heheheh... mummy tak salahkan kalian cz macam mana kalian nk mengenali mummy kalau mummy tiada di sisi kan?

jujur mummy cakap mummy sedih.. sedih yg amat. seawal usia kakak 3 bulan mummy dah terpaksa ikuti kursus induksi berminggu lamanya.. tiada siapa yang tahu bagaimana mummy struggle perah susu sebab bagi mummy hanya titik susu itu dpt membuktikan bahawa mummy tetap sayangkan kakak. sesusah mana pun mummy akan cari jalan untuk bagi 'hak' kakak itu. biarpun mummy jauh dari kakak mummy takkan lupakan kakak...
adik pun sampai merajuk taknak menyusu direct nagn mummy sebab mummy cam biskut chipsmore sekejap ada sekejap fly~
sedih, terkilan,kecewa semua ada... tapi ini lah yang mummy pilih. dan mummy susah untuk berpatah balik. itu pengorbanan yang harus mummy buat bila mummy da buat keputusan.

anak-anakku,
setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Allah takkan menciptakan sesuatu yang sia-sia. mummy bersyukur sebab daddy yang jaga rumah. daddy lebih cermat dalam hal-hal rumah tangga. kalo la mummy yang jadi surirumah mesti tunggang tebalik. hahahahahah
rasanya kalian pon tau masakan daddy lebih sedap dari mummy. kalau kakak masih ingat kakak pernah tolak mentah2 masakan mummy dan dengan tak berasalahnya kata tak sedap. huaaa sakit ati tau tak:p
tapi mummy redha. mummy sedar mummy tak pandai satu apapun. daddylah yang banyak ajar mummy tentang kehidupan berkeluarga. daddy yang ajar mummy masak. berani di dapur sehingga mummy pernah buat katering..jeng jeng jeng..:p
so maknanya tiada yang mustahil walaupun pada mulanya kalian tak tau apapun tau=)

mummy berterima kasih dengan didikan daddy pada kalian. kakak seawal usia 2 tahun sudah pandai berdikari, sudah pandai menyayangi keisya sepenuh hati. mummy terkejut saat kakak pandai tidurkan adik, pandai bg susu kat adik till now di usia 3 taon kakak dah pandai urus adik sepenuhnya dan kakak gumbira buat suma tu tanpa di suruh. Alhamdulillah... semua ni kerana didikan daddy juga sebab masa yang paling banyak bersama kalian ialah bersama daddy.

anak-anak mummy,
InshaAllah dalam masa 10 tahun lagi sekiranya mummy masih panjang umur, mummy akan bersama kalian 24-7. InshaAllah.. kita hanya merancang Allah yang tentukan segalanya. dan mummy sentiasa menunggu tarikh itu tiba. di saat itu kakak dan adik sudah pon remaja tapi mummy sangat berharap ia bukanlah suatu kelewatan untuk menyemai kasih bersama kalian.

kakak dan adik,
mummy sangat2 mintak maaf sebab sukar meluangkan masa bersama kalian selama mummy mencari rezeki ini. mummy mungkin nampak sibuk menolong keluarga lain di luar sana, dan mungkin seakan mengabaikan keluarga mummy sendiri. namun mummy bersangka baik kepada Allah, semoga ada orang lain juga yang menjaga keluarga mummy dan mummy di kurniakan zuriat yang memahami tugas mummy ini.

lamanya mummy nak abiskan thread ni... tapi mummy nak kakak dan adik tau tak selamanya mummy mengejar cita-cita mummy, sebab cita-cita mummy yang baru ialah untuk menghabiskan sepanjang masa mummy dengan harta dunia akhirat mummy ini.. mummy sayang kakak dana dik sepenuh hati dan tiada siapa yang dapat menidakkannya..=)

No comments:

Post a Comment