Showing posts with label warkah. Show all posts
Showing posts with label warkah. Show all posts

Monday, 11 August 2014

even its far... my love is in ur heart

dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pengasihani....

assalamualaikum anak-anakku:

kakak tau ke apa maksud nama kakak? Delisya sara humayra... " yang sentiasa gembira dan mengembirakan puteriku si pipi merah".....

maksud nama adik pula Keisya Zara Zulayqa " hidup baik-baik puteriku yang cantik"...

Alhamdulillah, makna nama ini terpancar di kehidupan kakak dan adik.. mummy bersyukur sangat-sangat di pinjamkan zuriat yang sangat menyejukkan hati ini...

sudah 3 bulan kehidupan kita totally berbeza... totally... kalau dahulu dunia korang cuma ada daddy, mummy dan tiara,... kini bertambah-tambah dengan kehadiran keluarga besar di tawau..
kakak sentiasa gembira dan mengembirakan semua orang di tawau... atuk dan nenek, ibu, nenek moyang, pakcik-pakcik, makcik-makcik, semuanya memuji kakak yang sangat senang di jaga, senang di buat kawan, sentiasa gembira dan selalu buat orang lain gembira dengan celoteh kakak....
kakak sangat kuat melatah... kuat membebel.. kuat menyakat.. kuat memujuk.. segalanya membuatkan orang tak henti senyum dengan kehadiran kakak...

subahanallah... Alhamdulillah.. lega mummy dengar, anak-anak mummy senang di jaga dan tak menyusahkan orang lain untuk menjaganya.... mummy sebenarnya risau kalian tak boleh tinggal dalam keadaan yang berbeza namun dengan mudahnya kalian boleh menyesuaikan diri bagaikan faham apa yang terjadi.

adik yang dahulunya seorang yang sangat manja dan susah berenggang dengan mummy dan daddy, kini boleh di jaga oleh sesiapa sahaja. malah adik boleh berdikari seawal usia 1 taon 10 bulan. adik pandai cari makan sendiri, adik pandai ambil air sendiri.. adik membuatkan mummy rasa bersalah kerana terlalu cepat dikau berdikari sayang.

kakak dan adik bagaikan faham maksud 'bekerja'.. kakak dan adik tak pernah menangis melihat daddy pergi ke ladang berjam jam lamanya.. kadang kadang malam baru balik. kakak dan adik tak pernah mempersoalkannya malah faham "daddy masuk kebun, daddy kerja.. cari uit"...

kakak dan adik tak pernah mencari mummy dan bagaikan faham tawau dan labuan tu sangat jaooohh so mummy tak boleh balik selalu macam dulu... bila di tanya mana mummy kakak dan adik petah menjawab "ami kerja...di labuan"...

setiap kali mummy balik kakak dan adik menyambut mummy dengan senyuman manis.. gembira.. memeluk mummy tak lepas... mulut kakak tak henti-henti bertanya :

" ami gi mana slama ni?"... " ami kerja di labuan ya?".... "ni ami da brenti ke?".....

kalau mummy tanya "kakak marah ke mummy tak balik?"
kakak akan jawab " ami kerja kan.. ami cari uit.... ami blikan myaa makan... myaa tak marah"...
kalau mummy cakap mummy tak balik lama.. mummy kerja, kakak akan kata "ok ami kerjalah ya.. myaa pon kerja... myaa kerja ngan nenek di kebun.. keisya duduk ngan ibu jaga acap"...
terharu sangat mummy dengar kakak....

tapi pulangnya mummy kali ni kakak bagaikan berat hati nak melepaskan mummy pergi... bersungguh kakak bagitau mummy yang kakak da berhenti kerja dengan nenek dan kakak nak kerja dengan mummy... kakak nak jaga mummy di labuan.. kakak nak belajar masak.. kakak nak tolong basuhkan baju mummy, kakak nak buat segalanya untuk mummy.. malah kakak janji kakak takkan nakal untuk tinggal dengan mummy.... pedih hati ni sayang....

"ami, ami tak balik sebab ami marah myaa kan? myaa tak nakal dah.... btol, myaa da baik, tanya atuk, tanya nenek, tanya ibu.. myaa tak pukul keisya dah.. myaa tak gaduh ngan acap"..

btol... kakak memang baik sekarang... kakak da tak nakal.. kakak sangat behave.. nenek ngan atuk puji kakak senang jaga. malah kalau nak gi mana-mana memang nenek nak bawa kakak.. siap bawak kakak gi sandakan lagi. tu pon nenek kata kakak senang bergaul dengan sedara mara kat sana padahal baru pertama kali kakak jumpa mereka.

mummy terharu tengok kakak sangat pandai berdikari. kakak tak pernah susahkan mummy langsung.. kakak pandai makan sendiri, tapi bila mummy ada kakak akan kata "myaa nak ami suap eh"... ye kakak nak bermanja dengan mummy... mummy faham dan mummy terharu. sangat terharu, maknanya kakak memang sedar yang mummy jarang balik dan kakak nak hargai masa bersama mummy sebaiknya....

kalau kakak buat perangai kakak akan cepat-cepat peluk mummy dan mintak maaf... kakak akan kata "myaa tak nakal dah.. jangan balik lbuan eh"....

kakak takot bila mummy marah kakak mummy balik labuan kan? sayu hati ni kakak.....

kakak slalu manjakan mummy... kakak akan temankan mummy.. cerita macam-macam walaupun kadang2 mummy tak paham apa yang kakak cerita... kakak akan bgtau segala kesalahan yang kakak buat sepanjang mummy tiada..

"myaa pukul atuk... mya tampar atuk macam ni..."
"napa myaa buat camtu kat atuk.. tak baik tau.. nak kna hanger?"
"tak nak.... "
"kalo tak nak jangan buat lagi"
"ok ami...myaa pukul keisya... darah mulut keisya"
"napa pukul keisya?"
"keisya nakal... keisya pukul acap"
"knapa pukul sampai darah?"
"keisya atuh..keisya darah"
"myaa x sayang keisya ke?"
"sayaanggggggg..." llau berlari panggil keisya.... dan cium keisya sampai keisya mengamuk rimas...

oh kakak... gelagatmu itu membuatkan hati mummy tak ingin berpisah... mummy rindu keletah kakak yang sungguh mencuit hati...
terasa segar lagi moment indah saat kakak kupaskan rambutan untuk mummy... kopekkan isinya, buangkan bijinya lalu suapkan mummy...... sebiji macam daddy manjakan mummy sayang..... touching sangat....

adik masih belom pandai menyusun ayat... tapi gerak geri adik..tingkahlaku adik memang membuatkan mummy tau adik pon x ingin mummy pergi jauh dan lama dari adik..... setiap kali adik melakukan kesalahan adik akan cepat-cepat cari hanger.... suruh mummy punish adik time tu juga supaya mummy tak marah....

mummy tau adik pon ingat mummy marahkan adik sebab tu mummy balik labuan kan?

setiap kali mummy kata mummy nak balik labuan, adik akan buat muka marah... adik akan cakar muka mummy, adik akan picit pipi mummy... sakit tau! perghhhh setiap kali basuh muka mesti rasa sakit gilllaaaaa... adik ni ganas sangat la tunjuk perasaan.... tapi mummy tak leh nak marah adik bila tengok muka comel adik tu...

kalau adik nak tau, mummy paling terkesan berjauhan dengan adik... sebab mummy tinggalkan adik di waktu adik masih sangat kecil untuk memahami apa-apa... di kala adik masih memerlukan mummy untuk tidurkan adik, manjakan adik, mandikan adik, suapkan makan adik... tapi.... daddy kata mummy silap... adikla yang paling mudah untuk di jaga.. adik hidup dalam dunia adik sendiri.. adik boleh main bersendiri. bila adik lapar adik geledah jer almari makanan, takpon adik panggil jer sesiapa yang adik nampak untuk mintak makan.. untuk mintak susu...bila letih adik boleh tidur sendiri.. adik tak kacau orang lain.. tapikan...tapikan... adik ngan asyraf macam anjing ngan kucing... tak tau la korang ni tak pernah la nak amannya... kalau acap tak kacau adik, adik yang kacau acap....
uhu...

tapi mummy la insan paling bahagia melihat kerukunan kasih sayang kakak dan adik.. kakak sentiasa bersama adik.. kakak paling menjaga adik.. kalau acap pukul adik kakak akan pukul acap balik.. hahah yang tu mummy tak setuju tau! kalau adik nak minum kakak akan ambilkan.. kakak akan pegang gelas tu macam mummy buat pada adik.. kakak mandikan adik, gosok gigi adik, pakaikan baju untuk adik, pakaikan pempers adik.. kakak akan jaga adik sebaiknya.... adik ingatlah sampai bila bila ya... orang yang paling dekat dengan adik is kakak.... selama mummy dan daddy kerja kakak lah yang sentiasa ada dengan adik..... hargai kakak ya dik.





penyesalan seorang ibu

bismillah....

bersawang dah blog mummy ni eisyas.. hahah nasib mummy jumpa penyapu tadi... mummy kemas kemas apa yang patut then boleh la mummy start berblog balik kan:)

eisyas apa kabar di sana? 2 hari lepas mummy balik, nenek bagi tau kakak dan adik demam. mummy sedih.. mummy tak tau korang demam sebab rindukan mummy, rasa kehilangan mummy atau sebab musim demam... mummy pujuk hati kata korang demam sebab musim..... dan mummy sangat berharap ye korang memang demam musim.....

8 bulan da berlalu... banyak yang berlaku dalam 8 bulan ni sayang.... dan sememangnya dalm 3 bulan terakhir ni sangat menguji kita sekeluarga... namun apapon yang jadi jangan sekali-kali salahkan takdir, jangan sekali kali berburuk sangka kepada pencipta kita yer sayang.... ini semua adalah dugaan buat kita sekeluarga... Allah lebih tau apa yang terbaik buat kita.

maafkan mummy.. selama ni mummy tak mampu nak mencoret apa-apa sebab mummy tiada kekuatan itu... mummy masih bertatih untuk menempuhi dugaan yang sangat mencabar kewarasan kepala otak mummy ni.... Alhamdulillah, sedikit demi sedikit mummy dapat kekuatan itu.. segalanya atas sokongan daddy dan kakak dan adik tanpa kalian sedari...

kakak dan adik..
bukan mudah mummy membuat keputusan untuk merelakan kalian semua tinggal di tawau... namun beberapa kali mummy buat solat istikarah, beberapa kali mummy buat solat hajat, dan akhirnya inilah yang terjadi. kadang-kadang mummy keliru dengan keputusan itu... tapi ya, mummy bersangka baik kepada Allah... segalanya akan ada hikmah di sebaliknya...

bukan mudah anakku untuk mummy berpisah dengan kalian... dengan daddy... sedari sebelom berkahwin lagi mummy dan daddy tak pernah berjauhan.. balik kerja dunia mummy hanya bersama daddy.. bilik sewa di waktu itu bagaikan hotel tempat untuk tidur saja... kami makan bersama, menonton wayang, berjalan, shopping, segalanya bersama-sama.kami hanya berpisah tatkala mummy balik bercuti di terengganu atau daddy pulang ke tawau untuk bercuti. hanya itu. daddy terlalu memanjakan mummy sehinggakan baju2 mummy pon di basuhnya. makan minum mummy sentiasa di jaga kerana daddy paling takot kalau mummy di serang gastrik. pernah sekali daddy meredah tengah malam untuk mencari bubur buat mummy yang di serang gastrik yang teruk. berapa kali daddy terpaksa mengusung mummy naik turun hospital dan klinik untuk mengubati sakit mummy, dan di sebabkan itulah daddy menjaga mummy sebaiknya. daddy manjakan mummy sampaiakn mummy seperti manusia yang tak pandai melakukan satu apapon.

anak-anakku,
mungkin kalian sudah lupa bagaimana kehidupan kita dahulu... mummy tak pernah merasa susah walau satu saat pon. daddy menyediakan segalanya buat mummy... tugas mummy hanyalah bekerja mengejar impian mummy dan bergumbira bersama kalian. bagaimana penat pon mummy di opis, segalanya terbang bila mendengar jerit pekik kalian "ami! ami!" ketika mummy keluar dari lift. kalian menyambut mummy bagaikan tak jumpa mummy setahun. balik ke rumah segalanya telah tersedia, mummy lapar, daddy masakkan, baju-baju mummy daddy yang basuh, sidai bahkan tolong gosokkan... segalanya telah di urus dengan baik selama 4 tahun perkahwinan kami.. no one can ceat him. that's y i love him so much!

kakak..adik...
kalian sudah fahamkan apakah perasaan mummy? setelah dimanjakan lebih 5 tahun oleh daddy, dan tidak pernah berpisah dalam waktu yang lama.. bahkan bila bersama kalian juga mummy takpernah melebihi 2 minggu?? segalanya mummy perlu uruskan sendiri. mummy kesorangan, mummy kesepian, tiada lagi jerit pekik kalian memanggil mummy pabila jam menunjukkan jam 5... tiada lagi mummy mendengar riuh rendah kakak dan adik bergaduh, berebut barang... berebut kasih sayang... tiada lagi tangan-tangan sasa yang memicit mummy dan kakak dan adik sebok nak tolong picitkan mummy... tiada lagi masakan masakan kegemaran mummy di masak oleh chef terhebat dalam hati mummy itu... percayalah sayang, mummy sangat terkesan dengan perpisahan ini.

berhari-hari, berminggu-minggu, dan kini sudah masuk bulan ketiga kita berjaohan.. dan mummy baru balik 3 kali untuk berjumpa kalian.... perit sangat perasaan itu.. setiap malam airmata menjadi sahabat sejati mummy. penyesalan kerana tidak menghargai saat manis sebelum ini... penyesalam kerana pernah berkasar dengan kalian tatkala mummy kepenatan dan kalian sebok meminta di manjakan.. penyesalan kerana merasakan daddy bagaikan tidak memahami mummy yang terlalu sibuk mengejar cita-cita... penyesalan demi penyesalan bagaikan movie terlayar di mata mummy...

terlalu banyak kekhilafan yang mummy lakukan di dalam keluarga kita. tak terhitung banyaknya sayang.. dengan ini mummy merendah diri memohon kemaafkan dengan kalian sekiranya kalian merasakan mummy gagal menjadi ibu yang terbaik buat kalian selama ini.

mummy sayangkan kakak.. mummy sayangkan adik.. mummy sayangkan daddy.... kalianlah harta mummy dunia akhirat. kini mummy sedar dengan sebenar erti sedar, mummy terlalu ghairah mencari dan mengejar impian dan cita-cita mummy sehingga mummy mengabaikan saat dan waktu kita bersama. namun segalanya ini mummy lakukan buat masa depan kita bersama. mummy janji, segalanya ini pasti berakhir, dan di waktu itu mummy harap mummy tidak terlewat untuk menjadi mummy yang terbaik buat anak-anak mummy dan isteri yang terbaik buat suami mummy....

pegang janji mummy itu...
doakan kita akan bersama suatu hari nanti....
mummy tak sanggup berjauhan lama-lama dengan kesayangan mummy ini...
doakan mummy tabah di sini ya nak ya.......

T.T

Wednesday, 18 December 2013

wakah buat Eisyas

Bismillah...

:salam:

anak-anakku yang tersayang,

hari ni mummy nak kopipes satu cerita yang baru mummy bacer tadi. semoga ia menjadi pegangan buat anak-anak kesayangan mummy dalam menjalani kehidupan seperti hamba Allah..

kisah Rasulullah, nabi junjungan kita yang tercinta...

"~ Kisah Rasulullah SAW
Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

Baginda juga memerah susu kambing
untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah,
bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah,
baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan,
baginda cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
"Belum ada sarapan ya Khumaira?"
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
"Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini."
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda,
"sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit..."
desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat
yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka,
seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah,
hingga pernah baginda terjatuh,
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat" 

anak-anakku,

sentiasa bacer buku kisah Rasulullah yer syg.. mummy banyakk koleksi buku-buku Rasul junjungan yang Mulia ni.. banyak yang kita boleh ambil dan jadikan Rasulullah sebagai role model kita dalam kehidupan seharian.
contohilah baginda ketika kecilnya seorang yang sangat mendengar kata, sangat lembut dalam bertutur kata, malah menyenangkan hati kepada sesiapapun yang hatta memandangnya...

contohilah Rasulmu ini nak, ketika remajanya yang tak pernah di habiskan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. tidak malu menjadi pengembala kambing tika orang lain sebok mencari nikmatnya waktu remaja. Baginda sendiri awal belajar tentang hidup sebagai saudagar...

anak-anak ku tersayang,
sekiranya ada di antara anak-anak mummy ngan daddy nanti sangat berminat untuk menjadi seorang saudagar (bussinessman/women) contohilah sikap Rasulullah ketika menjadi saudagar. janganlah kalian menipu tentang barangan yang dijual, janganlah memikirkan keuntungan dunia semata. duit boleh di cari nak... carilah keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat. janganlah kamu menipu timbangan (neraca) kelak ketika kamu di timbangkan dalam neraca mizan di akhirat kelak, timbanganmu akan berat sebelah nak, berat di belah dosa... takutlah kita semua dengan azab neraka sayang... mummy dan daddy sangat-sangat berharap kalianlah yang bakal membantu kami untuk masuk syurga.

anak-anakku yang tercinta,
kelak suatu masa kamu bakal mencari erti kasih sayang cinta yang akan menhenjak-henjak hatimu. carilah nak... perkara biasa untuk mencintai dan di cintai. ia bahkan tidak mengenal usia. mummy dan daddy sudah merasainya sayang. dan mummy sepenuh hati tidak akan melarangnya. Ya! mummy mengizinkannya, tapi tidak bermakna kami mengizinkan kamu ntuk berbuat sesuka hati dalam kehidupan sosialmu. sayang, letaklah di hatimu untuk mencari keredhaan Allah.. carilah cinta yang halal buatmu.. carilah orang yang akan menjadi imammu, orang yang akan membimbingmu ke jalan Allah sayang.. justeru sekiranya berkenanan, bawa;ah dia mengadap mummy ngan daddy.. carilah restu daripada kami ya anak. sekiranya mummy reject percayalah ia mungkin ada hikmahnya buatmu. mummy x cari yang kaya dunia sayang, mummy tak tengok berapa besarnya harta yang dia boleh longgokkan kepadamu atau ibubapamu ini, yang mummy inginkan seseorang yang boleh menjagamu di dunia dan akhirat sayang. janganlah kamu leka dengan duniawi. cinta dunia itu hanyalah mainan nafsu semata sayang...

anak-anak mummy yang di redhai Allah,
di zaman mummy melahirkanmu ini adalah zaman yang sangat mencabar bagi seorang remaja di mana banyak kes-kes sosial remaja yang mummy jumpa. kes ;ari dari rumah kerana mengikut boyfriend, kes rempit, kes bohsia, kes zina bermaharajalela, kes buang anak dan macam-macam lagi yang menyebabkan mummy sangat sangat takut untuk membesarkan kalian di zaman ini... mummy tak boleh nak imagine bagaimana ketika kalian dewasa nanti, bolehkah kalian mengadap pelbagai dugaan yang penuh pancaroba itu... 
namun mummy berharap sepenuhnya kepada Tuhan kita sayang... mummy yakin sekiranya mummy dan daddy telah bagi sepenuhnya ilmu yang cukup ia mungkin boleh menjadi panduan sampingan buat anak-anak mummy mengharungi dugaan dunia. apapun sayang peganglah Al-Quran dan sunnah nabi sayang... itulah tali pegangan kamu untuk terus berjalan ketika gelap, itulah penyelamat ketika tersalah laluan... ikutilah nur Islam sayang, hanya itulah penyelamatmu kelak...

sayang anak-anakku yang setakat ini Delisya Sara Humayra dan Keisya Zara Zulayqa (kalo ada lagi nanti mummy tambah nama yer sayang..hahahah), ketika kalian marahkan mummy dan daddy, ketika kalian mungkin suatu hari nanti merasakan mummy dan daddy tak paham apa yang kalian mahukan, bacalah warkah ini... sesungguhnya tiada seorangpun ibubapa di dunia ini yang tidak sayangkan anak-anaknya, tiada seorangpun yang ingin melihat anak-anaknya menderita.. tiada apa yang kami mahukan selain daripada melihat kalian membesar menjadi seorang manusia yang berguna. Hanya itu.