Wednesday 13 August 2014

cool...cold..romantik??

bismillah...

assalamualaikum my love,

anak-anak mummy apa khabar hari ni? tadi mummy called daddy ntuk wish morning glory, tup tap dengar suara kakak dan adik berteriak mintak makan... heheheh so di kala mummy menekan nekan keyboard ni anak-anak mummy tengah makan mee la kot :)

kakak dan adik,
sentiasa beringat dalam hati dan minda... SETIAP YANG BERLAKU PASTI AKAN ADA HIKMAHNYA..plis bare in ur life... sebab tu tajuk blog ni besar besar mummy letak therez alwaiz av reasonz for sumtin eppenz.... ni adalah pegangan hidup mummy sedari usia remaja... what's yours??? masa tu mummy timbulkan benda ni ntuk kekuatan dalam menchari chenta~~ kononnyala..hahahaha.. pastu ia berubah mengikut masa dan ketika... sehinggakan menjadi sumber kekuatan mummy tika dalam kesedihan atau kemurungan..heheh... yang pastinya kini ia sangat sangat menjadi inspirasi mummy tika mummy di kejauhan bersama yang tersayang.... Alhamdulillah.. hati mummy semakin tenang dari ke hari..bukan maknanya mummy makin gembira berjauhan dari kalian, tapi mummy semakin boleh meredhai segala yang terjadi kerana mummy percaya dan amat percaya Allah ada something suprise for me, for us..inshaAllah... kita sama sama nanntikannya ya sayang :)

oh yer arini mummy nak bocor rahsia! hahhaha... kadang-kadang kita slalu tengok tv, baca novel... n now skrg ni tengah trending plak cerita RINDU AWAK 200% tu hah.. pastu ramai gila org tergila-gilakan lelaki like zill faezrul tu bagai.. bermimpi nak lelaki romantik blablabla... seyesly its really just like me! hahahah yes! mummy sgt sgt sgt mengimpikan lelaki yang romantik tahap gila:p

tapi mummy slalu luah frust ngan daddy coz my wish didnt comes true! romantik haper kalo gune "aku kau" kann...muahahahhaha:p ok baiklah.. this is da real reasons why u both shud bare in ur life ur daddy is most romantic guys in our life <3

till now i dont even know apa maksud romantik yang sebenarnya... masa mummy remaja dulu bagi mummy romantik tu bila lelaki tu cakap lembut-lembut ngan kite, ayat-ayat jiwang bagai, bersajak bagai, slalu nyanyikan untuk kita, suap kita makan..blablablablabla... hahahahha bila mummy dapat tu sume, i feel like its not romantik! kalo lebih lebih jadi annoyying plak!

then i feel like, he's romantik bila kita sakit dia di sisi, dia suapkan kita makan, dia jaga kita, dia dukung kita, dia belai belai untuk hilangkan kesakitan itu.. n bila tiba masanya.. seyesly mummy rasa it just like~~ takkan mummy nak sakit hari hari untuk rasa semua tu?!!!!

till bila mummy dah beranak, i feel like lelaki itu romantik bila dia tak bagi kita susah, bila anak nanges dia yang terkam, dia main dengan baby, dia jaga baby, even di tengah malam dia bangun pujuk baby tido n soh mummy tdo biar dia yang take care of baby, dia basuh berak baby, dia bagi baby makan..blablabla.... bila ia terjadi mummy rasa macam daddy lebih sayang baby dari mummy! muahahahhahaha

yes my darling eisyas.... i got everything that in da list...

your daddy adalah lelaki yang paling romantik pernah mummy jumpa, yang sentiasa buat apa yang mummy inginkan, yang sentiasa hadir bila mummy impikan.. tapi.. mummy plak tak pernah puas hati..wakakakakka... itulah manusia yang bernama ratna safura ini:p

romantik tu ada tempatnya,ada masa dan ketikanya...
let say... yes dulu daddy sangat kuat suap mummy makan.. sebab? mummy susah nak makan...so bila daddy suap baru mummy makan n dapat avoid gastrik... mummy cepat kena gastrik thats why daddy sgt jaga pemakanan mummy... so is that called s romantik?? atau sebenarnya concern?? hahahah fact is daddy boleh kata dia buat gitu sebab dia nak jaga dirinya gak, kalo mummy sakit dia yang susah kna bawak mummy gi spital bagai...duit lagi terbang. ok memang rosakkan mood nak terasa diromantikkan kan? hahahahahha

sesuatu perkara yang mummy tak boleh lupa adalah kenangan meraikan our birthday pada tahun 2009.. masa tu dua hari sebelom hari lahir kami, kami kena pukau.. habis duit hangus, enset pon kne kebas.. malah rantai emas yang daddy belikan sehari sebelom kejadian pon habis kena kebas.. sebenarnya tu hadiah for my birthday la..daddy beli awal... tapi takde oke.. sungguh frust menonggeng~
pada hari itu kami cuma ada beberapa ringgit sisa dalam tabung... mummy dan daddy kelaparan tahap gila... pagi tu daddy belikan mummy sebungkus nasi lemak yang berharga rm2.50..tapi banyakkkk sangat dan ada seketul ayam.. mummy tanya daddy dah makan? dia jawab "makan la dulu"... so mummy yang jahil ni ingat dia da makan la.. so mummy makan dengan lahapnya... tapi x habis.. tinggal nasi yang da takde sambal, bilis yang sikit2 dan sisa-sia ayam yang terlekat pada tulangnya.... then daddy ambil nasi tu dan makan... Allahu Akbar... mummy terkejut sangat, rupanya daddy belom makan! dan dia makan je sisa mummy tu tanpa berkata apa.. hanya tersenyum setelah menghabiskannya.... oke... mummy sangat terharu... dan rasa bersalah!

tengah hari tu mummy rasa sedih sebab apa yang terjadi... biasanya kitorg celebrate gila2 on our birthday.. di tengok wayang ke, makan nasi kandar ke, gi makan kek kat secret resepi ker... lots n lots things can do IF we have money! tapi hari tu kami cuma lepak kat depan longkang besar berfikir nak mengisi perot dengan apa.... i just can say "kalau lah... kalau la..."... dan nanges.. daddy cuma diam... mendengar je luahan mummy... dan mummy rasa benagng sebab tak di pujuk..hahahha...

then petang hampir ke malam, daddy bawa mummy ke restoren feveret kitorang Al-Wira (ye ke nama tu bang?hahaha)... daddy pesan air carrot jus dan nasi beriani ayam goreng berempah untuk mummy dan dia hanya sekeping roti canai dan air sejuk. oke mummy rasa nak makan dalam tangisan.. mummy terharu dengan layanan daddy tapi mummy malu nak ungkapkan.. mummy malu dengan perangai childish mummy.. tapi mummy segan nak mengaku.... mummy nak share nasi tu dengan dia, tapi daddy soh mummy makan banyak-banyak jangan sampai kena gastrik... uhu~
dengan senyuman he wish happy birthday, dan dia makan roti kosong tu dengan lahapnya.... mummy jer rasa telan nasi beriani tu macam telan pasir.... touch~

eisyas anakku,
mesti dalam pembesaran eisyas, korang selalu nampak kami bermain-mainkan? bergurau senda.. yes itulah daddy... dia tak pernah serius bila dengan mummy.. oh tapi bila dia serius takut plak mummy..hahaha... begitulah dia selama mummy berkenalan sehingga sekarang, satu satu perangai dia tak pernah berubah ialah dia sangat kuat menyakat mummy... tapi daddy malu untuk menjadi dirinya itu di khalayak umum..depan orang daddy sangat cool, cold bajet tough...hahah geram jer mummy... tapi bila cuma ada kita, Allah jer tau betapa gilanya daddy korang tu...

tindakan dia sangat spontan..
walaupun depan opah, slumber dia akan kupaskan mummy buah, buang bijinya dan suap mummy buah tu... itu adalah tindakan refleksnya kepada orang yang dia sayang... bila sudah ada kamu, daddy akan buat benda yang sama... maknanya daddy akan jadi begitu bila dia sayang seseorang.... adakah itu romantik? bila ia menjadi suatu kebiasaan macam da tak romantik pulak...hahahhaha

anak-anakku,
mungkin sebab cara daddy di besarkan, daddy dah biasa untuk masak, mengemas, sapu sampah, basuh baju, lipat baju, iron baju... membuatkan dia rasa itu adalah memang tanggungjawabnya dan rutinnya... pada permulaan mummy melihat kelakukan itu mummy rasa he is very romantik! tak bagi mummy basuh baju, sediakan segalanya untuk mummy, masak untuk mummy... blabla... tapi sehingga kini kan dia buat? hahahha... even kami tengah berperang pon he still cook for me! dan kami boleh makan semeja tanpa sepatah kata sebab masih dalam mood berperang.. boleh macam tu? ahahahhahahah..bila diingat balik memang rasa nak tergelak.... tu dikira romantik ke?????

bila mummy mengandung, dia x react macam dalam tv atau dalam novel.. takde pon jerit jerit kiss kiss kegembiraan. seyesly takde!

:flashback:

bila mummy tau mummy preggy.. mummy called dia dari opis...
mummy: hello... weh ako preggy ah!
daddy: hahaha... lawak la tu!
mummy: btol la ako preggy la!
daddy: mu gila! -tuttttttttt
eh? daddy letak telefon?
mummy: hello, weh btol ni ako preggy...ako test tadik!
daddy: apasal mu test???? kurang ajo btol la mu ni!! sape nak jaga tu????
mummy: hahahahha ako tau mu happy kan?? dah gi buat sujud syukur!! congratess!!!
daddy: dahhhh malah ako layangggg

ok daddy kalian memang sangat x romantik kan?
muahahhahahahahahah
3 hari dia tak betol, bawak kereta senget benget.. nasib tak accident... keterkejutan yang melampau! hahahahha... he loves it but he cant tell it..i know:)
daddy korang la paling teruk alahan.. muntah siang malam.... lembik.. kalo mummy beli jeruk mesti kitorg gaduh berebut.. biasanya dia la yang akan habiskan...
kalo mummy di opis tertiber terasa nak makan jambu, walaupun lembik sebab alahan daddy akan keluar juga gi beli jambu tu.... hah,.. tak romantik lagi ke daddy korang tu???
walaupun alahan yang teruk dia masih lagi jaga makan minum mummy, masakkan untuk mummy... never skipp!
masa mummy nak lahirkan kakak, daddy demam yang teruk... elok kakak keluar daddy kebah macam takde demam langsung.... hehe...

daddy takut nak pegang kakak masa mula-mula sebab kekok pegang baby... tapi hari ke4 kakak daddy pegang tak lepas sampai sekarang:) segalanya pasal kakak daddy yang uruskan.. bila kakak meragam kakak hanya diam bila dengan daddy... daddy ayunkan kakak sampai nak tercabut tangan.. daddy tak geli langsung bila kakak berak, pandai mandikan kakak... segalanya...
bila daddy kesian tengok mummy perah susu untuk kakak daddy hadiahkan mummy medela freestyle yang sebelom ni dia kata membazir untuk mummy beli... tapi dalam diam daddy support mummy untuk breastfeed kakak..

di waktu orang lain tak yakin keupayaan mummy untuk breastfeed kakak untuk pakaikan kakak cloth diapers, daddy yang paling bagi support... daddy kata dia lagi suka feed kakak dengan susuibu... senang, rendam dlm air suam.. dah jalan... kalo susu formula kena sukat bagai lagi.... gitu gak dengan cloth diapers,.. senang campak dalam mesin basuh jer... jimat pon jimat... yes! dia yang menyemarakkan semangat mummy untuk bagi hak kakak sebaiknya...

tiba saat mummy terpaksa stopkan susu untuk kakak sebab adik, daddy juga yang pujuk mummy.. daddy yang buat kakak untuk wean off dengan mummy... daddy ajar kakak untuk geli breastfeed dengan mummy... mummy tak buat apapon.. daddy yang tolong segalanya... day and night daddy always dengan mummy.. dia tak pernah jemu dengan kerenah mummy dan kerenah baby... bila kakak nanges di waktu malam, daddy dulu yang bangun.. pujuk kakak... kadang kadang dia bangun tapi tak buat apa sebab nak bagi mummy masa bersama kakak... sebab mummykan jarang ada masa berkualiti denagn anak anak mummy...

till now i dont even know what romantic means.... daddy pernah buat suprise hantar bunga ke opis...but im not really like it..hahahha malu kot! daddy slalu hadiahkan mummy bunga... but still mummy rasa cam ia bukanlah kunci romantik for me... he alwaiz say i love you... thousand times every day... tak kira disaat kami sebumbung apatah lagi tika ini kami berjauhan, memang lebih lagi la... oleh itu sayangku, your daddy is the best... dia seorang lelaki yang cukup rasa. hahahahah, sweet, sour, pahit,kelat,tawar semua ada:p

romantik tu adalah subjektif... ia adalah dari hati bukan dari citarasa seorang wanita...hahaha.. apapon, jangan compare compare.. setiap orang ada kekuatan dan kekurangan masing-masing... mummy selalu bising dengan daddy jeles tengok atuk dengan nenek yang sentiasa buat apa saja bersama,... tanpa di sedari mummy juga merasai segalanya bersama daddy juga..

dan apa yang paling penting juga, basahkan diri kalian dengan perkataan "thank you, sorry, love u, miss u"... then barulah kalian juga akan dapat penghargaan seperti itu... setiap hari maafkan orang sekeliling, maafkan diri sendiri sebelom tidur... sentiasa hargai apa yang ada di sekeliling kalian, InshaAllah bahagia sentiasa menanti buat mereka yang sentiasa menghargai nikmat Allah di atas dunia ini.... :)

love your daddy... dia lelaki pertama yang bagi cintanya kepada kamu berdua sampai mummy jeles tau! hahahah... dia garang sebab dia sayang... and yet dia yang selalu bersama kalian dari kecil sehingga sekarang... tak kira berapa usia kalian tika membaca warkah mummy ini, sayangilah daddy kalian dahulu sebelom memberi cinta kalian kepada lelaki lain di luar sana.. jangan hancurkan hati daddy... jangan buat sesuatu yang daddy tak suka.. jangan buat daddy marah... ingatlah redha Allah ada pada redha ibu bapa,.... dan redha Allah ada pada redha suami.... he means a lot to me..... and of course he meants a lot for you both:)










No comments:

Post a Comment