Monday 11 August 2014

kesah 1 jun 2012

bismillah..

assalamualaikum anak-anak mummy....

hari ni mummy nak kongsi cerita pasal detik-detik kelahiran keisya zara zulayqa :)
mummy tak pernah kan cerita lagi sebelom ni... eh yang pasal kakak mummy dah cerita blom? rasanya macam sudah atau tu mungkin dalam fb jer..hahahaha
tak pe la mummy cerita dulu pasal adik, nnt mummy cek balik.. kalo blom nanti mummy cerita pasal kakak pula ya... mummy lupa la sayang.. almaklom la da banyak urat terputus....hehehe..

adik,
mummy nak adik jangan marah tau... kelahiran kakak mungkin lebih di nanti sebab kakak adalah yang sulong.. sulong ni memang hyper excited la cket... tapi adik juga tetap di tunggu.... Alhamdulillah orang kata mummy ni terlebih subur sebab elok jer lepas 3 minggu kakak di lahirkan mummy period macam biasa... tapi mummy still breast feed kakak. walaupun kerja mummy sering berjauhan dengan anak, tetap mummy supply susuibu ini yang menjadi hak milik anak-anak mummy...

di ketika itu mummy langsung tak terfikir untuk ambil apa-apa perancang sebab mummy yakin dengan fully breastfeed tetap boleh merancang. tak gitu? hehe.. tak la... jauh di sudut hati mummy, mummy rindu nak preggy lagi sebenarnya.... mummy rindu moment membawa anak kehulu kehilir tanpa rasa susah.. moment merasa tendangan kaki kecil yang nakal itu.. moment moment yang sentiasa bersama mummy tak kira apa jua keadaan.. mummy rindukan perasaan itu...

ketika kakak sudah semakin membesar dan boleh makan, daddy juga menyuarakan hasrat untuk bagi kakak 'kawan'... daddy kesiankan kakak yang hanya bermain dengan daddy dan tiara.. mummy plak sibuk bekerja...tapi, kami tak pula beria untuk mengotakan kata... hahahah... tapi mummy selalu kata pada diri, Allah adalah sebaik baik perancang. sekiranya ada maknanya Allah tau keupayaan kami untuk menjaganya, sekiranya tiada, maknanya Allah tau kami belum bersedia untuk tambah tanggungjawab:)

Alhamdulillah.. seawal usia kakak 8bulan adik hadir sebagai penyeri. tanpa langsung tanda... membawa adik selama 9 bulan dalam perot mummy sangat mudah. ramai yang tak sangka mummy preggy sebab adik langsung x besar. adik kurang aktif, adik tak bagi apa apa alahan. mummy dan daddy hidup seperti biasa. tapi sedari dalam perot lagi adik selalu bagi reaksi bila bersama kakak. hanya itu.

dek kerana jarak melahirkan yang sangat dekat dengan kelahiran pertama melalui pembedahan, doktor menyarankan kepada mummy untuk csect juga buat yang kedua... mummy akur setelah solat istikarah. Allah tau apa yang terbaik... ye, Allah juga yang lebih tau apa yang akan terjadi di masa hadapan. tanpa di sangka ketika mummy membuat pemeriksaan rutin, doktor mengesan sesuatu, adik terlalu kecil dan tidak aktif. doktor risau adik mengalami apa-apa masalah di dalam rahim mummy.. doktor menyalahkan mummy still breastfeed kakak walaupun adik sudah dalam kandungan. tapi mummy tak menyesalinya kerana mummy yakin itu bukanlah penyebabnya. mummy di tahan dan doktor menyarankan emergency csect untuk keluarkan adik, seminggu lebih awal daripada tarikh csect adik.

takut? tentu sekali.. tapi pengalaman pertama membuatkan mummy lebih bersedia. mummy mengabiskan sisa waktu yang ada dengan membaca yassin. sehinggakan yassin basah dibibir mummy. mummy lebih tenang dengan membacanya. hemoglobin mummy rendah. doktor tak mempunyai masa untuk menaikan kembali sebelom meneruskan pembedahan. mummy di sarankan untuk sign satu surat yang menyatakan bahawa sekiranya berlaku pertumpahan darah dan darah yang baru diperlukan mummy akan membenarkan darah baru itu untuk masuk ke dalam badan mummy, dan mummy yang akan tanggung kesannya. perghhhhhh... gile tak cuak! tapi demi adik, mummy akur.. mummy letakkan segalanya yakin dengan Allah...

tepat jam 8 pagi mummy di sorong ke bilik pembedahan. mummy tunggu daddy tapi tak nampak langsung batang idung. ceh rupanya daddy salah bilik. adoi laaa~~
segalanya berlaku begitu cepat.. mummy rasa mengantuk yang amat... dan keadaan nampak kelam kabut.. rupanya mummy mengalami tumpah darah.. hemoglobin mummy turun sehingga bacaan 6. ada nurse menampar-nampar mummy tak bagi mummy tido... sakit tau tak! adoi laa...
pada jam 9.31 pagi adik selamat di lahirkan dengan sempurna... namun jam 1030 baru mummy dapat keluar dan melihat adik...

rupa adik yang sungguh kecil, comel sangat... putih gebu membuatkan mummy rasa segalanya berbaloi... melihat daddy mummy rasa tenang setenang tenangnya.... ayat pertama daddy "tu ke anak saye nurse??? alallaa keciknyeeee"...hahahahaha

nurse tu siap tanya mummy "eh tu sape? suami kakak ke?" adoii knapa? xde ciri-ciri laki ako ker?adeh~

alhamdulillah, adik di iqamatkan oleh daddy... sayu jer mummy tengok daddy bermain-main dengan adik.. mummy terus mintak nurse tolong mummy untuk susukan adik... ye memang susah. nurse tu bagaikan tak yakin mummy boleh susukan adik dengan keadaan lumpuh separuh badan, tapi demi adik, mummy kuatkan diri untuk mengiring dan susukan adik. subahanallah, Allah je yang tau perasaan mummy ketika susu pertama masuk ke dalam badan adik ialah susu badan mummy sendiri... adik di lahirkan cukup sifat, sempurna segalanya dengan berat 2.3kg saja.. doktor menyatakan adik lahir tak cukup berat dan adik perlu di masukkan ke ruangan seliaan. tapi mummy tak bagi. hahaha. doktor kata darah adik akan di ambil untuk melihat sama ada adik normal atau kekurangan gula dalam darah. Alhamdulillah, beberapa kali darah adik di uji, adik normal. gula ok. semua ok. doktor akhirnya pasrah membiarkan adik bersama mummy.

adik tau tak, adiklah yang menjadi sumber kekuatan mummy... berbeza dengan kakak, adik sungguh tenang... sungguh comel dan sentiasa tidur. langsung tak banyak ragam. mummy je yang slalu kejutkan adik untuk menyusu dan memang sengaja nak kacau tidur adik yang sungguh nyenyak itu. heheh... oleh kerana mummy ingin melakukan segalanya sendiri, mummy berjaya duduk ketika baru melepasi 5 jam selepas pembedahan. sedangkan sepatutnya mummy masih perlu baring di waktu itu. sakit? cubalah perot adik di toreh dengan pisau tajam selama tujuh torehan dan cubalah duduk.. tak terhitung kesakitan itu... tapi segalanya bagaikan terlupa pabila melihat adik di hadapan mata mummy... tatkala membelai adik, mencium adik semuanya terbang begitu saja...

oh ye adik nak tau macam mana mummy boleh terfikir nama adik?
masa awal pregnancy.. mummy memang terasa nakkkkk sangat anak lelaki.. mummy malah percaya itu anak lelaki.. mummy bagitau daddy yang nanti mummy nak namakan hadiff firdaus. daddy buat x tau je..hahaha...

tapi masa mummy layan kakak di dapur, sedang mummy basuh pinggan.. tiba tiba mummy terasa yang mummy bawa anak perempuan dan namanya zara zulayqa.. mummy terus menjerit bagitau daddy "weh, ako rasa ni zara zulayqa la"... meninggalkan daddy yang terlopong sebab tiba tiba je kan..hahahahaha

tapi kami masih tak yakin dengan perasaan sendiri.. memang kalau boleh kami inginkan sepasang, tapi kami tak kesah apapon. masa 8 bulan doktor sahkan mummy membawa anak perempuan.. bak kata doktor tu "ehh ni orang dapur ni..." hehehe.... kalo lelaki apa ye? orang kereta ke ape? hahahahha

ye kami terima kedatangan adik dengan senang hati. kami percaya adik boleh menjadi sahabat terbaik buat kakak:) kedatangan adik di nantikan oleh semua orang. Allah permudahkan segalanya, oleh kerana dek anak perempuan, adik boleh pakai baju-baju kakak... tapi opah tetap blikan adik baju baru,... hahah opah tak puas hati melihat adik pakai baju 2ndhand.... adeh laa...

masa melihat wajah adik.. mummy tanyakan daddy.... "nak bagi nama apa ni?".. daddy jawab "keisya.. keisya zara zulayqa.... nanti kita panggil keisya ye?".... ye itulah nama adik:)
daddy yang pilih ok! hahahah... sebenarnya mummy awal-awal da bagi pilihan, nak Aisya ke nak keisya.... tapi mummy tak berharap pon daddy ingat... rupanya dalam diam daddy da pilih..hahah

maksudnya Hidup Baik baik puteriku yang cantik...

sebenarnya mummy nak panggil adik zulayqa.... sebab adik memang cantik dari awal kelahiran. mata adik bulat bersinar.. mummy sendiri jeles tengok mata adik... hahaha.. comel sangat mata bulat adik tu.. dengan pipi yang tembam semangkuk... comel yang amat Alhamdulillah.... apa yang doktor ingatkan selama ini semuanya tak betol. adik memang kurang aktif, bila di lahirkan pon adik kurang aktif, kurang menangis dan sangat sangat mudah di jaga. mummy senang menjaga adik.

tapi kesan daripada hemoglobin yang sangat rendah, mummy tak dibenarkan keluar daripada hospital. selepas bergaduh dengan doktor kat situ mummy bersetuju untuk hanya masukkan 1 beg darah je ke dalam badan mummy, dan ia hanya menaikkan sedikit sahaja bacaan hemoglobin mummy... dari bacaan 6 ke bacaan 8.. sehingga kini hb mummy rendah. sebab tu kot mummy cepat penat. dan mummy terkena kesan daripada ubat bius menyebabkan mummy sakit kepala yang amat sangat sehinggakan mummy tak boleh alngsung untuk bangun selama seminggu. sakitnya Allah je yang tau.. sudah la sakit di perot, sakit kepala.. tapi mummy bersyukur kerana adik tidak banyak ragam memudahkan mummy untuk menjaga adik dalam keadaan yang sakit tu. tapi walau sesukar manapon mummy tetap menggagahkan diri untuk bagi adik susu hak adik.

pulangnya mummy dari hospital, kakak merajuk dengan mummy. tak nak tegur, taknak bercakap, malah tak nak tengok mummy atau adik. ok mummy terasa ok. hahahah.... sedih tau. tapi ye la mummy paham, kakak merajuk mummy hilang gitu je tetiba balik bawa baby... tapi masa mummy susukan adik tiba-tiba kakak datang tolak adik dan kakak naik ke riba mummy untuk menyusu... hahahhahaha ok itu lawak:p

tapi keadaan mummy tidak mengizinkan untuk melayan apajua kerenah anak-anak mummy di waktu itu... mummy tak larat sayang... maafkan mummy.... kepala mummy rasa macam nak meletup.. mummy tak larat hatta untuk membuka mata... mujurlah sokongan daddy dan nenek sangat kuat. selepas seminggu mummy kembali pulih,... di waktu itu sebenarnya mummy selalu ternampak kakak curi-curi untuk kiss adik setiap pagi ketika adik dan mummy tidur. bila mummy buka mata cepat-cepat kakak turun katil. hahahah sebenarnya kakak dah sayang adik kan??? apala yang seorang budak berusia 1 taon 6 bulan faham:)

masuk hari ke 14, kakak semakin berani secara terang terangan untuk menunjukkan sayang kepada adik.. apabila adik tidur di buaian kakak ingin membuai adik.. apabila adik menangis nak menyusu kakak akan cepat cepat terkam adik dan tarik mummy suruh susukan adik cepat cepat. kakak sentiasa bersama adik. kakak selalu kiss adik.. sepanjang masa.. dan ia membuatkan mummy dan daddy terharu... kasih sayang seorang kakak telah tertonjol dalam anak sulung mummy itu..... delisya sara humayra...sentiasa mengembiarakan orang di sekelilingnya:)

keisya..... hidup baik baik ya anakku.... keisya sangat mudah di jaga,... dan semoga sentiasa terjaga dan di jaga oleh Allah swt:)

No comments:

Post a Comment