Tuesday, 19 August 2014

persahabatan itu sangat manis walau tiada gulanya....

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang :)

assalamualaikum anak-anak mummy...

hari ini, mummy nak ceritakan kisah-kisah menarik mummy dengan sahabat-sahabat terbaek mummy:)

eisyas, anak-anakku... sekiranya mummy dan daddy sudah tiada nanti, janganlah kamu putuskan silaturrahim dengan sahabat-sahabat mummy dan daddy... layanlah mereka dengan baik kerana itu semua adalah tuntutan agama ya sayang.... jangan memutuskan silaturrahim, tapi sambunglah silaturrahim itu :)



ketika mummy kecil, sahabat pertama mummy ialah nur syawalti.. anak toksah.. sape toksah? dia adalah kawan yang sentiasa dengan opah:) waltie adalah kawan mummy dari kecil lagi dan sentiasa bermain dengan mummy.... namun apabila semakin kami dewasa kami mula semakin jauh.. namun kalau mummy balik terengganu mummy akan jumpa dengan makcik waltie ni skali skala :)




next;
kawan terbaik mummy ialah norazia:) makcik azia ni my verybesty masa kecil... mummy suka lepak rumah dia, selalu dengan dia, main pasir dengan dia... mummy, makcik waltie dan makcik azia selalu bertiga sampai kami tubuhkan group WaAzPu... waltie azia puya... hahahha ok mmg sangat lawak... antara kenangan terindah mummy takkan lupakan dengan dorang ni is main nyanyi nyanyi... minat kru, minat elite.. selalu berlakon cerita-cerita p.ramlee... main polis sentri... main getah.. lotss n lotss... itulah permainan kami sehari hari :)



sejak makcik azia berpindah ke kelantan, mummy rapat dengan salwati... sal... di waktu ini mummy suka lepak dengan makcik sal, main motor, round-round kampung... lots yang kami lakukan bersama... lepak di pantai.. banyak kenangan terindah ketika remaja kami bersama....

 

itu adalah sahabat-sahabat terbaik dari kampung mummy... kampung masjid batu burok:)

then, beralih kepada sekolah rendah...
sahabat terbaik mummy adalah makcik Mastura!
she's just like my angel.... kami selalu belajar bersama... dia selalu datang rumah mummy naik beskal.. hehe... mummy takkan lupakan segala kenangan itu dengannya... dia sangat lemah lembut, putih melepak.. ohhh mummy sangat adore her :)

di sekolah menengah mummy rapat dengan nurul rasyidah... atau makcik yu... dengan madihah... kami rapat sebab kami minat kumpulan new boyz... hahah ok itu lawak:p tapi mummy slalu lepak rumah makcik yu tu di gelong billal, terengganu.... boleh di katakan setiap hari sabtu mummy akan lepak di sana:)

namun apabila mummy tukar kelas pada form 3, mummy semakin jauh dari mereka.... mummy berkawan rapat dengan makcik husna.. or i called her huzzn:) kami rapat sebab kami berdua jer dari kelas biasa-biasa n dapat naik ke kelas elite! hahahah.... till then kami kenal dengan munirah (now da terputus hubungan) dan ili helena... till makcik huznn tukar sekolah tinggallah mummy dengan makcik ili!

masa form 4 & 5, mummy dan makcik ili satu kelas... kami sentiasa bersama. selalu. apa saja kami buat mesti bersama. macam belangkas. hahahahha... ok ili now i remember betapa kita pernah sangat rapt gila dahulu :p till kami tubuhkan group 7 members... mummy, ili, nadia, wani, shaheida, shahrin dan humaizi.... nadia, shaheida, shahrin dan mizie macam da ilang dari radar jer.... now i still keep in touch with makcik ili n makcik wani:)
kami group gila study... slalu study sama-sama.. slalu ingatkan fokus study... ada masa kami gila-gila.. main tukar-tukar hadiah.. celebrate besdey masing-masing.. gosip2.... yang paling best bila kami main the mole. oh apakah the mole? ntah macam da nyanyuk.hahhaa main teka-teka kot... mummy n makcik ili tym tu sangat gilakan sukan formula one... bola sepak.. badminton.. cerita cina.. of kos hero mummy time tu loius koo tin lok! hehehe mummy suka sgt sgt cerita loius koo dlm burning flame, la bra series... lotss smpai mummy dah lupa... banyak sangat... nanti koramng bleh google cerita-cerita louis ni yer:)


then masa tunggu keputusan spm, mummy masuk kelas bahasa inggeris di KUSZA dan mummy kenal dengan hifzan... my soulmate. hah kenapa soulmate? hahahha dialah besty mummy yang kekal sampai hari mummy menaip blog ini.. she's my diary too... banyak kisah-kisah hidup mummy dalam poket dia.. kami sering bertukar tukar emel....every single day! hahaha... dia sentiasa dengan mummy setiap kali mummy perlukan... how can i hate her?? so kalian per;u sentiasa berbaik dengan makcik ije ni yer:) dia ada anak, ammar mujahid dan aimy marissa... so u both bleh la berkenalan dengan mereka..sambung silaturrahim yang indah ini:)




semasa di matrix, hidup mummy semakin menarik.. festym mummy berjauhan dari family.. mummy semakin mengenali apa itu berdikari.. dan orang yang paling kuat menyokong mummy is makcik hajar ashikin! my heartmate dan makcik dilla! my hunny bunny :)
makcik jaja adalah roomate mummy.... she's my everything.. kami kongsi katil, kongsi bantal, kongsi kerja skolah..hahaha... dia yang selalu tarik mummy saat mummy terleka dengan kebebasan yang baru mummy dapat... dia yang selalu ada tika mummy kesedihan.. dan dialah orang pertama yang denagn mummy saat mummy dapat berita arwah atuk kamal meninggal... she's my all... mummy slalu nyanyi lagu My All mariah carey tu dengan dia..hahaha... i love her so much! walaupun kini kami berjauhan, jarang bermesej or calling tapi mummy tetap selalu ingat dia, ingat kebaikannya, ingat segala memory indah dengannya.... berbaik baiklah dengan dia ya anak-anakku... banyak yang mummy berhutang budi dengannya... tolong doakan persahabatan ini sampai ke syurga:) saat mummy jatuh dia bersama mummy, saat mummy sedih dia yang peluk mummy, saat mummy gembira dia melompat bersama mummy..... :) kalian berkenalan lah dengan anaknya, alya:) oh ya, mummy slalu panggil dia darlin'.... yes she's my darlin'... dlm enset pon mummy save namanya darlin... bercakap pon kami gunakan darlin'.... dan daddy tak pernah bengang kot.....hahahahhaha

 

my hunny bunny dilla.... kenapa mummy called her hunny? sebab dulu kononnya kami nak di madukan... hahaha tapi taste kami sgt berbeza.. sebab tu smpai skrg xdapat bermadu...haahhaha... dia sangat cantik. sangat ayu. mummy admirer dengan kecantikan dan kelembutan wajah ciptaan Allah tu.. tapikan.... mulut dia x ayu pon..hahahahhahahaha.... ok inilah di katakan dont judge a book by its cover!:p tapi, dia sahabat mummy paling istimewa!... kami selalu main chatting dalam kertas... how? luahkan perasaan bengang or gosip by wrote dalam kertas n pass pass tym dalam lecture hall..kami slalu duduk bersama.. malah ramai orang kata muka kami seakan sama.. siap ada pernah salah orang lagi... hahah sama kah? nampak macam xder kaitan pon:p tapi, kami suka pakai baju sama, warna sama... till now walaupun jarak memisahkan kami kami tetap kontek hari hari.... hari hari ya anakku... i dunno y, tapi kami memang sangat rapat... daddy pon tau kerapatan kami itu dan da tak kuasa nak jeles! hahah.... dia pon ada 2 orang anak... kak yong amani dan hawa... kak yong amani sebaya umur keisya... dan hawa muda staon dari korang...



next~ bila tym di universiti mummy di anugerahkan kawan yang baik sampai mati inshaAllah menjadi roomate sekaligus housemate mummy... makcik hasana, makcik aerun, makcik rini, makcik wani (ye makcik wani tym skolah menengah). kami berkongsi susah senang hidup berjauhan dengan family... makcik hasana banyak ajar mummy tentang mebjadi seorang perempuan. hahaha.. ajar masak, ajar kemas rumah.. mulut dia x berenti pot pet soh mummy jadi pompuan:p
bila mummy sakit dia la yang sentiasa jaga mummy... pernah menangis bersama mummy... slalu tido dengan mummy... i love her too:) dia jaga mummy macam kakak mummy... takleh tengok mummy susah, x leh tengok mummy sedih.... tau macam mana nak pujuk mummy... dengan masakkan ayam masak merah.hahahahhahaa.... ok banyak kenanag lawak ketika dengannya:) dia ada anak, nama damia tasnim:) berkawanlah dengan damia yer sayang...

makcik hairunisah aka makcik aerun pon sangat rapat dengan mummy tanpa di sedari.. hahaha kami selalu bet bersama untuk score exam.. kpala otak kami lbey kurang... tido lambat, bangun kompem teramat lewat tapi tetap leh score dalam exam.. hahah.. akhirnya pointer kami sama. kami berdua berani ambil tesis sebab konon nak mencabar diri, pastu dua-dua rasa nyesal gila buat tesis, pastu rasa nak brenti sebab meroyan dengan tesis.. tapi akhirnya guess what? tesis kami lulus cemerlang... dapat A... hahahha... mummy jumpa daddy dengan makcik aerun. dan makcik aerun adalah penyebab yang mummy asbab kan untuk berjumpa dengan daddy..hahahha amacam ayat:p Alhamdulillah hubungan mummy dan daddy kekal sampai ke hari ini, dan hubungan persahabatan yang indah antara mummy dan makcik aerun juga kekal sampai skarang.... kami mendapat kerja di tempat yang sama cawangan yang berbeza tapi di zon yang sama. mummy di labuan, makcik aerun di srawak so kami di zon borneo... oleh sebab itu kami sering bersama-sama bila ada kursus... dan lebih indah lagi, kami saling memahami bukan saja sebab pernah berkongsi segalanya bersama.. malah kami juga kini berkongsi perasaan yang sama apabila kami sama-sama mengalami masalah yang sama "perhubungan/perkahwinan jarak jauh".... yes it is... hahah... she's my all too,... persahabatan kami sangat sempoi...tapi dia sangat memahami mummy:) dia ada anak ensemboy... zahin! hahahhaa....
 


next... siti haslinda... makcik lynnda ni mummy kenal melalui daddy... mayb ada pergolakan dalam permulaan perkenalan, namun di akhirnya sangat manis dirasakan.... she's my sun. mummy sangat suka berkawan dengan dia sebab dia sentiasa berfikiran positif.. walaupun di usia muda dan banyak dugaan terhebat dia tempuhi namun dia sentiasa berfikiran positif dengan dugaan Allah... that's y i adore her... walaupun kami jauh dan jarang berjumpa, still kami slalu kontek... inshaAllah one day one fine day kita akan jumpa dia ya:) dia sangat baik dan juga banyak tau kisah-kisah mummy.... dan harapan mummy persahabatan ini akan kekal selamanya....



di arena pekerjaan, mummy banyak berkongsi pahit manis bersama kawan-kawan mummy di opis... makcik maria, makcik noi, makcik mona, makcik lianah, makcik irda.... banyak cerita kami kongsi selama lebih kurang 5 taon mummy di opis ini... saat mummy sedih, gembira, ketawa, susah senang, merekalah yang sentiasa dengan mummy.... kalian juga pernah membesar di sini bersama mereka.... kalian pernah bermain bersama anak-anak makcik noi : amira, arissa..... dengan anak makcik mona: wawa, dengan anak makcik lianah: danisha... dan danisha dah ada adik tau.. ulwa :) till makcik irda pon dah ada anak, ariq... yang kalian tak sempat nak jumpa:)




anak-anakku....
ada satu kisah, seorang guru meminta murid-muridnya pergi ke padang sekolah dan meminta mereka mencari rumput yang paling cantik bagi mereka. dengan syarat tidak boleh berpatah balik dan harus berjalan ke hadapan sahaja.... di penghujungnya ramai anak murid yang membawa tangan kosong.. tiada rumput... kata mereka rumput yang paling cantik itu adalah di belakang mereka dan mereka tak boleh berpatah balik untuk mengambilnya... demikian ketika mereka menjumpainya mereka menangguhkan untuk mengambilnya kerana mereka ingat ada yang lebih baik di hadapannya kelak.... oleh itu anak-anakku sekalian sentiasa hargai perasahabatan kalian... kawan ini umpama rumput rumput di padang.. banyak... pelbagai watak dan keadaan... namun ada di antara mereka yang benar-benar cantik dan sentiasa bersama kalian tika susah senang... mungkin muncul di awal kehidupan, mungkin ketika kalian sedang di uji dengan ujian yang berat, atau mungkin dia sentiasa bersama kalian tika segala dugaan di tempuhi... hargai mereka.. tak kira bila masanya mereka berjasa... sesungguhnya sahabat itu tidak boleh di jual beli, tak juga boleh di cari ganti... sahabat yang paling baik adalah sahabat yang sentiasa menegurmu ketika semua orang memujimu... ketika semua orang mencacimu, dialah yang berdiri teguh dibelakangmu memberi sokongan padunya.. ketika kamu senang dia mengingatkan kamu untuk sentiasa bersyukur kepadaNya, ketika kamu susah dia memberi pertolongan tanpa meminta balasan... itulah sahabat yang terbaik anak-anakku.... mummy harap kalian juga akan menemuinya seperti mana mummy sangat sangat bersyukur dipertemukan dengan manusia sehebat mereka:)

hargai sebuah persahabatan kerana persahabatan boleh mati kerana cinta, namun cinta takkan mati dalam sebuah perasahabatan :)

sahabat mummy dunia akhirat tentunya adalah daddy... kami bermula sebagai seorang sahabat biasa, bertukar menjadi sahabat karib yang berkongsi segala masalah, kemudian persahabatan yang penuh cinta itu akhirnya terukir di jinjang pelamin, namun sehingga kini kami kekal menjadi sahabat paling mencintai:) setiap masa dan ketika we are just like very bestfren.. mummy boleh berkongsi segalanya dengan daddy, dan daddy bukanlah sebagai tempat menyelesaikan masalah mummy, cukuplah sebagai seorang pendengar yang baik, penasihat terbaik dan sentiasa menegur mummy waktu mummy terleka dengan kehidupan.... he's my all.... he's my strength, he's my dunia akhirat. inshaAllah semoga dia menjadi teman terbaik mummy sehingga ge jannah... doakan kami :)



 

Sunday, 17 August 2014

aktiviti kita:)

bismillah...

assalamualaikum anak-anak mummy....

harini opis mummy buat makan-makan.. pot luck... letih makan.. ngantuk sebab pagi tadi bangun awal.. mummy buat ayam masak merah ngan pajeri nenas jer...

crita lain..
skrg ni daddy ader hobby baru... memburu... hahahah ok baiklah.. kalian di sana semua da busy skrg... mummy list down kegiatan kalian ya...

Di Labuan:

Daddy~
1. hantar mummy
2. masak
3.kemas rumah
4.jaga eisyas
5.ambil mummy
6.basuh baju
7.main game
8. tengok tv
9.makan
10.tido

eisyas~
1.makan
2.main
3.tido

mummy~
1.kerja
2.makan
3.tido
4.jaga eisyas
5.masak (kadang-kadang)

Di Tawau

Daddy~
1. menombak
2.kemas kebun
3.round ladang
4.panjat pokok
5.jual buah
6.jual sawit
7. memburu
8.makan
9. tdo
10. jaga eisyas
11. cari spare part lori
12. selia pekerja
13. blablabla...

eisyas~
1. makan
2.tdo
3.bagi kucing makan
4.bagi anjing makan
5.bagi kambing makan
6.bagi ayam makan
7.makan buah
8.sapu sampah
9.main
10.tengok tv
11. kira biji sawit
12.makan buah'
13. kira tangga dapur
14.jaga acap
15. jaga nenek moyang
16. ikot atuk ngan nenek
17.round round kampung dengan motor
18..blablabla

mummy~
1.makan
2.tdo
3.kerja

eyhhh?????? apasal korangnyer aktiviti macam banyakkkk gilaa... mummy?? patutla mummy leh naik gila dok sengsorg kat sini.... sobsss~~~

takpa la janji anak-anak mummy dan daddy sentiasa gembira dan ceria di sana.... inshaAllah one day.... one fine day mummy akan bersatu join aktiviti kalian!!! ohhh sungguh mummy tak sabar.....


Wednesday, 13 August 2014

cool...cold..romantik??

bismillah...

assalamualaikum my love,

anak-anak mummy apa khabar hari ni? tadi mummy called daddy ntuk wish morning glory, tup tap dengar suara kakak dan adik berteriak mintak makan... heheheh so di kala mummy menekan nekan keyboard ni anak-anak mummy tengah makan mee la kot :)

kakak dan adik,
sentiasa beringat dalam hati dan minda... SETIAP YANG BERLAKU PASTI AKAN ADA HIKMAHNYA..plis bare in ur life... sebab tu tajuk blog ni besar besar mummy letak therez alwaiz av reasonz for sumtin eppenz.... ni adalah pegangan hidup mummy sedari usia remaja... what's yours??? masa tu mummy timbulkan benda ni ntuk kekuatan dalam menchari chenta~~ kononnyala..hahahaha.. pastu ia berubah mengikut masa dan ketika... sehinggakan menjadi sumber kekuatan mummy tika dalam kesedihan atau kemurungan..heheh... yang pastinya kini ia sangat sangat menjadi inspirasi mummy tika mummy di kejauhan bersama yang tersayang.... Alhamdulillah.. hati mummy semakin tenang dari ke hari..bukan maknanya mummy makin gembira berjauhan dari kalian, tapi mummy semakin boleh meredhai segala yang terjadi kerana mummy percaya dan amat percaya Allah ada something suprise for me, for us..inshaAllah... kita sama sama nanntikannya ya sayang :)

oh yer arini mummy nak bocor rahsia! hahhaha... kadang-kadang kita slalu tengok tv, baca novel... n now skrg ni tengah trending plak cerita RINDU AWAK 200% tu hah.. pastu ramai gila org tergila-gilakan lelaki like zill faezrul tu bagai.. bermimpi nak lelaki romantik blablabla... seyesly its really just like me! hahahah yes! mummy sgt sgt sgt mengimpikan lelaki yang romantik tahap gila:p

tapi mummy slalu luah frust ngan daddy coz my wish didnt comes true! romantik haper kalo gune "aku kau" kann...muahahahhaha:p ok baiklah.. this is da real reasons why u both shud bare in ur life ur daddy is most romantic guys in our life <3

till now i dont even know apa maksud romantik yang sebenarnya... masa mummy remaja dulu bagi mummy romantik tu bila lelaki tu cakap lembut-lembut ngan kite, ayat-ayat jiwang bagai, bersajak bagai, slalu nyanyikan untuk kita, suap kita makan..blablablablabla... hahahahha bila mummy dapat tu sume, i feel like its not romantik! kalo lebih lebih jadi annoyying plak!

then i feel like, he's romantik bila kita sakit dia di sisi, dia suapkan kita makan, dia jaga kita, dia dukung kita, dia belai belai untuk hilangkan kesakitan itu.. n bila tiba masanya.. seyesly mummy rasa it just like~~ takkan mummy nak sakit hari hari untuk rasa semua tu?!!!!

till bila mummy dah beranak, i feel like lelaki itu romantik bila dia tak bagi kita susah, bila anak nanges dia yang terkam, dia main dengan baby, dia jaga baby, even di tengah malam dia bangun pujuk baby tido n soh mummy tdo biar dia yang take care of baby, dia basuh berak baby, dia bagi baby makan..blablabla.... bila ia terjadi mummy rasa macam daddy lebih sayang baby dari mummy! muahahahhahaha

yes my darling eisyas.... i got everything that in da list...

your daddy adalah lelaki yang paling romantik pernah mummy jumpa, yang sentiasa buat apa yang mummy inginkan, yang sentiasa hadir bila mummy impikan.. tapi.. mummy plak tak pernah puas hati..wakakakakka... itulah manusia yang bernama ratna safura ini:p

romantik tu ada tempatnya,ada masa dan ketikanya...
let say... yes dulu daddy sangat kuat suap mummy makan.. sebab? mummy susah nak makan...so bila daddy suap baru mummy makan n dapat avoid gastrik... mummy cepat kena gastrik thats why daddy sgt jaga pemakanan mummy... so is that called s romantik?? atau sebenarnya concern?? hahahah fact is daddy boleh kata dia buat gitu sebab dia nak jaga dirinya gak, kalo mummy sakit dia yang susah kna bawak mummy gi spital bagai...duit lagi terbang. ok memang rosakkan mood nak terasa diromantikkan kan? hahahahahha

sesuatu perkara yang mummy tak boleh lupa adalah kenangan meraikan our birthday pada tahun 2009.. masa tu dua hari sebelom hari lahir kami, kami kena pukau.. habis duit hangus, enset pon kne kebas.. malah rantai emas yang daddy belikan sehari sebelom kejadian pon habis kena kebas.. sebenarnya tu hadiah for my birthday la..daddy beli awal... tapi takde oke.. sungguh frust menonggeng~
pada hari itu kami cuma ada beberapa ringgit sisa dalam tabung... mummy dan daddy kelaparan tahap gila... pagi tu daddy belikan mummy sebungkus nasi lemak yang berharga rm2.50..tapi banyakkkk sangat dan ada seketul ayam.. mummy tanya daddy dah makan? dia jawab "makan la dulu"... so mummy yang jahil ni ingat dia da makan la.. so mummy makan dengan lahapnya... tapi x habis.. tinggal nasi yang da takde sambal, bilis yang sikit2 dan sisa-sia ayam yang terlekat pada tulangnya.... then daddy ambil nasi tu dan makan... Allahu Akbar... mummy terkejut sangat, rupanya daddy belom makan! dan dia makan je sisa mummy tu tanpa berkata apa.. hanya tersenyum setelah menghabiskannya.... oke... mummy sangat terharu... dan rasa bersalah!

tengah hari tu mummy rasa sedih sebab apa yang terjadi... biasanya kitorg celebrate gila2 on our birthday.. di tengok wayang ke, makan nasi kandar ke, gi makan kek kat secret resepi ker... lots n lots things can do IF we have money! tapi hari tu kami cuma lepak kat depan longkang besar berfikir nak mengisi perot dengan apa.... i just can say "kalau lah... kalau la..."... dan nanges.. daddy cuma diam... mendengar je luahan mummy... dan mummy rasa benagng sebab tak di pujuk..hahahha...

then petang hampir ke malam, daddy bawa mummy ke restoren feveret kitorang Al-Wira (ye ke nama tu bang?hahaha)... daddy pesan air carrot jus dan nasi beriani ayam goreng berempah untuk mummy dan dia hanya sekeping roti canai dan air sejuk. oke mummy rasa nak makan dalam tangisan.. mummy terharu dengan layanan daddy tapi mummy malu nak ungkapkan.. mummy malu dengan perangai childish mummy.. tapi mummy segan nak mengaku.... mummy nak share nasi tu dengan dia, tapi daddy soh mummy makan banyak-banyak jangan sampai kena gastrik... uhu~
dengan senyuman he wish happy birthday, dan dia makan roti kosong tu dengan lahapnya.... mummy jer rasa telan nasi beriani tu macam telan pasir.... touch~

eisyas anakku,
mesti dalam pembesaran eisyas, korang selalu nampak kami bermain-mainkan? bergurau senda.. yes itulah daddy... dia tak pernah serius bila dengan mummy.. oh tapi bila dia serius takut plak mummy..hahaha... begitulah dia selama mummy berkenalan sehingga sekarang, satu satu perangai dia tak pernah berubah ialah dia sangat kuat menyakat mummy... tapi daddy malu untuk menjadi dirinya itu di khalayak umum..depan orang daddy sangat cool, cold bajet tough...hahah geram jer mummy... tapi bila cuma ada kita, Allah jer tau betapa gilanya daddy korang tu...

tindakan dia sangat spontan..
walaupun depan opah, slumber dia akan kupaskan mummy buah, buang bijinya dan suap mummy buah tu... itu adalah tindakan refleksnya kepada orang yang dia sayang... bila sudah ada kamu, daddy akan buat benda yang sama... maknanya daddy akan jadi begitu bila dia sayang seseorang.... adakah itu romantik? bila ia menjadi suatu kebiasaan macam da tak romantik pulak...hahahhaha

anak-anakku,
mungkin sebab cara daddy di besarkan, daddy dah biasa untuk masak, mengemas, sapu sampah, basuh baju, lipat baju, iron baju... membuatkan dia rasa itu adalah memang tanggungjawabnya dan rutinnya... pada permulaan mummy melihat kelakukan itu mummy rasa he is very romantik! tak bagi mummy basuh baju, sediakan segalanya untuk mummy, masak untuk mummy... blabla... tapi sehingga kini kan dia buat? hahahha... even kami tengah berperang pon he still cook for me! dan kami boleh makan semeja tanpa sepatah kata sebab masih dalam mood berperang.. boleh macam tu? ahahahhahahah..bila diingat balik memang rasa nak tergelak.... tu dikira romantik ke?????

bila mummy mengandung, dia x react macam dalam tv atau dalam novel.. takde pon jerit jerit kiss kiss kegembiraan. seyesly takde!

:flashback:

bila mummy tau mummy preggy.. mummy called dia dari opis...
mummy: hello... weh ako preggy ah!
daddy: hahaha... lawak la tu!
mummy: btol la ako preggy la!
daddy: mu gila! -tuttttttttt
eh? daddy letak telefon?
mummy: hello, weh btol ni ako preggy...ako test tadik!
daddy: apasal mu test???? kurang ajo btol la mu ni!! sape nak jaga tu????
mummy: hahahahha ako tau mu happy kan?? dah gi buat sujud syukur!! congratess!!!
daddy: dahhhh malah ako layangggg

ok daddy kalian memang sangat x romantik kan?
muahahhahahahahahah
3 hari dia tak betol, bawak kereta senget benget.. nasib tak accident... keterkejutan yang melampau! hahahahha... he loves it but he cant tell it..i know:)
daddy korang la paling teruk alahan.. muntah siang malam.... lembik.. kalo mummy beli jeruk mesti kitorg gaduh berebut.. biasanya dia la yang akan habiskan...
kalo mummy di opis tertiber terasa nak makan jambu, walaupun lembik sebab alahan daddy akan keluar juga gi beli jambu tu.... hah,.. tak romantik lagi ke daddy korang tu???
walaupun alahan yang teruk dia masih lagi jaga makan minum mummy, masakkan untuk mummy... never skipp!
masa mummy nak lahirkan kakak, daddy demam yang teruk... elok kakak keluar daddy kebah macam takde demam langsung.... hehe...

daddy takut nak pegang kakak masa mula-mula sebab kekok pegang baby... tapi hari ke4 kakak daddy pegang tak lepas sampai sekarang:) segalanya pasal kakak daddy yang uruskan.. bila kakak meragam kakak hanya diam bila dengan daddy... daddy ayunkan kakak sampai nak tercabut tangan.. daddy tak geli langsung bila kakak berak, pandai mandikan kakak... segalanya...
bila daddy kesian tengok mummy perah susu untuk kakak daddy hadiahkan mummy medela freestyle yang sebelom ni dia kata membazir untuk mummy beli... tapi dalam diam daddy support mummy untuk breastfeed kakak..

di waktu orang lain tak yakin keupayaan mummy untuk breastfeed kakak untuk pakaikan kakak cloth diapers, daddy yang paling bagi support... daddy kata dia lagi suka feed kakak dengan susuibu... senang, rendam dlm air suam.. dah jalan... kalo susu formula kena sukat bagai lagi.... gitu gak dengan cloth diapers,.. senang campak dalam mesin basuh jer... jimat pon jimat... yes! dia yang menyemarakkan semangat mummy untuk bagi hak kakak sebaiknya...

tiba saat mummy terpaksa stopkan susu untuk kakak sebab adik, daddy juga yang pujuk mummy.. daddy yang buat kakak untuk wean off dengan mummy... daddy ajar kakak untuk geli breastfeed dengan mummy... mummy tak buat apapon.. daddy yang tolong segalanya... day and night daddy always dengan mummy.. dia tak pernah jemu dengan kerenah mummy dan kerenah baby... bila kakak nanges di waktu malam, daddy dulu yang bangun.. pujuk kakak... kadang kadang dia bangun tapi tak buat apa sebab nak bagi mummy masa bersama kakak... sebab mummykan jarang ada masa berkualiti denagn anak anak mummy...

till now i dont even know what romantic means.... daddy pernah buat suprise hantar bunga ke opis...but im not really like it..hahahha malu kot! daddy slalu hadiahkan mummy bunga... but still mummy rasa cam ia bukanlah kunci romantik for me... he alwaiz say i love you... thousand times every day... tak kira disaat kami sebumbung apatah lagi tika ini kami berjauhan, memang lebih lagi la... oleh itu sayangku, your daddy is the best... dia seorang lelaki yang cukup rasa. hahahahah, sweet, sour, pahit,kelat,tawar semua ada:p

romantik tu adalah subjektif... ia adalah dari hati bukan dari citarasa seorang wanita...hahaha.. apapon, jangan compare compare.. setiap orang ada kekuatan dan kekurangan masing-masing... mummy selalu bising dengan daddy jeles tengok atuk dengan nenek yang sentiasa buat apa saja bersama,... tanpa di sedari mummy juga merasai segalanya bersama daddy juga..

dan apa yang paling penting juga, basahkan diri kalian dengan perkataan "thank you, sorry, love u, miss u"... then barulah kalian juga akan dapat penghargaan seperti itu... setiap hari maafkan orang sekeliling, maafkan diri sendiri sebelom tidur... sentiasa hargai apa yang ada di sekeliling kalian, InshaAllah bahagia sentiasa menanti buat mereka yang sentiasa menghargai nikmat Allah di atas dunia ini.... :)

love your daddy... dia lelaki pertama yang bagi cintanya kepada kamu berdua sampai mummy jeles tau! hahahah... dia garang sebab dia sayang... and yet dia yang selalu bersama kalian dari kecil sehingga sekarang... tak kira berapa usia kalian tika membaca warkah mummy ini, sayangilah daddy kalian dahulu sebelom memberi cinta kalian kepada lelaki lain di luar sana.. jangan hancurkan hati daddy... jangan buat sesuatu yang daddy tak suka.. jangan buat daddy marah... ingatlah redha Allah ada pada redha ibu bapa,.... dan redha Allah ada pada redha suami.... he means a lot to me..... and of course he meants a lot for you both:)










Tuesday, 12 August 2014

dahulu dan sekarang..

:dengan nama Allah yang maha penyayang dan maha pengasihani:...

assalamualaikum anak-anak mummy...

now mummy nak cerita pula tentang perbezaan permainan ketika anak-anak mummy di labuan dan di tawau..

ketika di labuan, kalian banyak kena sekat untuk bermain... banyak yang tak boleh.. tak boleh keluar rumah, tak boleh masuk bilik, tak boleh main di dapur.. hahahah
sebab?
mummy ajar bilik hanya untuk tido~ so kalau nak tdo baru masuk bilik.. kalo x mo tdo jangan masuk bilik.. sebab tu mata kalian mudah sangat layu bila masuk bilik.... dan secara spontan mummy sangat mudah nak tidurkan kalian dahulu... asal masuk bilik memang Zzzzz~~ hehe..
then kalau di dapur adalah untuk makan... kalau lapar baru gi dapo.. mummy tak benarkan kalian main di dapo tanpa pengawasan mummy dan daddy.. sebab? di sana banyak benda2 tajam.. banyak barang-barang beracun, macam sabun... di sana juga ada bilik air.. takut takut kalau terjadi apa-apa dengan kalian dalam tandas tanpa kami sedari... sebelum terjadi apa-apa baiklah kami buat peraturan seperti itu... Alhamdulillah eisyas sangat mudah mengikutinya.... kalian hanya ke dapo untuk mencari makanan... kalau mummy dan daddy di dapo barulah kalian bermain berlari larian di situ....
mummy dan daddy x bagi kalian main di luar sebab rumah kita di tepi jalan besar.. banyak kereta, motor lalu lalang di situ dan di pandu laju... mummy sebolehnya tak ingin menyesali kelekaan mummy... biarlah kalian cuma memijak tanah bila kita berjalan-jalan di pantai seminggu sekali... di bawah pengawasan kami....

namun mummy sedar di usia kalian yang ingin mengenali dunia ini, mummy sediakan pelbagai permainan untuk membuatkan kalian bermain sekaligus mengasah otak... mummy buat pasir dari tepung.. mummy belikan kolam untuk kalian main air dalam rumah, bagi kalian main lego, baca buku dan macam-macam lagi... kakak paling kuat tengok tv.. cerita kartun, tengok bola, tengok wrestling, malah suka tengok drama drama shaheizy sam! hahaha oh aaroon aziz pon kakak suka tengok... senyum senyum jer layan.... ahahahah..

di waktu itu juga kakak berkenalan dengan gajet.. kakak pandai on off komputer... kakak pandai main enset mummy.... kagum??? langsung tidak! mummy rasa takut yang amat... kakak tau x mummy pandai pegang enset di usia 18 taon.. tu pon bukan enset yang canggih ni... mummy pegang komputer di usia 9 taon..tu pon masih takut-takut.... ni kakak siap pandai tukar dvd, main volum hi fi lagi... ok mummy ngeri...

tido kalian sentiasa dalam aircond... kakak dan adik macam x tahan panas... kalian kelihatan sangat rimas tanpa aircond... yes.. kalian terbiasa hidup dalam kemewahan.. mummy slalu manjakan kalian dengan barang permainan.. kakak sangat suka teddy bear.. setiap kali mummy outstation mummy akan belikan kakak dan adik teddy bear dan buku cerita...

itu adalah kehidupan kalian di labuan... permulaan mummy agak khuatir bolehkah anak-anak mummy hidup di kawasan pedalaman di kebun tu? tiada kipas jauh sekali aircond.. tv pon kadang-kadang je buka.. tiada kemewahan.. malah mandi pon guna air hujan yang di tadah.. kalau tiba musim kemarau segala penggunaan air akan di catu.

**di semenanjung sekarang heboh pasal catuan air.. tidakkah ada yg menyedari kawasan pedalaman sabah sarawak dah lama merasakan hidup sebegitu??????

main senapang patah???hahahahhaha
berbeza dengan kehidupan kampung.. kalian daripada anak bandar berubah 360 darjah dan bertukar menjadi tanak kampong! hahahah... tergelak mummy melihat permainan pertama kalian...

ye... itulah kalian... semua permainan di labuan da masuk stor... kakak dan adik lebih selesa memakai baju biasa, bermain apa yang ada di sana...dan tidak pernah meminta untuk di belikan permainan ketika turun di bandar...

kalian bagaikan sudah terbiasa tanpa kipas.. malah kakak dah pandai mengipas diri dan adik dengan menggunakan kertas tebal.. kadang-kadang kakak akan mengipas mummy :)
kalian juga tau penggunaan air harus di jimatkan... mandi hanya 2 kali sehari.. tu pon tak boleh lama.. bak kata kakak "sudah..nanti abis air tu.. tengok tu..abis sudah tu... belom ujan lagi ni.. banyak lagi mau guna air ni"... hahahaha ok tergelak mummy mendengarnya... cepatnya kakak memahami keadaan!!

setiap kali menuruni tangga di bahagian dapur, kakak dan adik akan sama-sama mengira langkah...
"atu".. "uwa..".."igaa..".."pak".."ima".."tujuh"..."enam"..."sepuluh"..."yeayyyy"
 baiklah... walaupun matematik masih berterabur.. itupon kakak dan adik bersahut sahutan..kadang ada yang betol kadang berterabur, tapi kalian yang berusaha sendiri tanpa ada orang mengajar! itu yang mummy kagum :)

masa makan buah kakak dan adik juga belajar mengira...
kakak: keisya da makan ima ambutan.... sudah la...
adik: kakak makan opulohh...

padahal both baru makan dua biji....hahahha...

itulah permainan mereka yang menguji minda tanpa menggunakan satu sen pon duit :)

kakak yang sememangnya suka menyapu sampah lagi lah dapat menunjukkan bakat terpendamnya.. dia akan menyapu tanah di bawah rumah sampai ke kandang kambing tanpa di marahi sesiapa.... lantak lah... tanah juga pon..heheh...

mereka juga mempelajari pelbagai jenis binatang tanpa memerlukan buku...

adik:kakak.. tu apa?
kakak: tu ambeng..... macam mana bunyi ambeng keisya?
adik:bekk..bekk...
kakak: pandai!!! tu apa tu keisya?
adik: tu anjing...
kakak: haa..anjing bunyi gong gong!
dan mereka ketawa.....

mummy hanya memandang dari jauh dengan perasaan terharu tanpa boleh dihuraikan...Alhamdulillah :)

sepanjang hari mereka boleh bermain teka teki dengan apa yang ada di sekeliling mereka... sampaikan suatu hari ketika kakak ingin membuang air besar (opps hahahah):

kakak: ami tu apa?
mummy: ni gas
kakak:gas tu apa?
mummy: gas ni untuk memasak
kakak: macam mana tu gas memasak?
mummy: ni nampak ni wayar? ni ke dapur gas.. keluar api di situ boleh la masak makanan yang myaa nak...
kakak: ooo kalo gitu baik makan gas je kan ami!
mummy: hah makan la kalo mya boleh gigit! ni myaa nak berak ke tak???
kakak: nakk..nak...ami tggu lua..nnt sudah myaaa panggil..

ye kakak seorang yang sangat pemalu.. nak berak nak berteman tapi tak boleh tengok..hahahahha

adik pon suka sangat belajar... "kakak ni apa?" "ami ni apa?" "daddy ni apa?" bila di beritau "oooo" bagaikan x berminat jer reaksinya...hahahah tapi mummy tau adik save semua tu dalam kpala adik dan adik akan ingat sampai bila bila..inshaAllah..:)

kehidupan kakak dan adik sangat sempoi di sana.. tiada kawasan larangan.. tiada do n donts... namun pelajaran di labuan menjadi bekalan buat adik dan kakak untuk meletakkan sempadan sendiri...

kakak: keisya jangan main sana... takda orang tu..bahaya....
adik: ooo bahaya....

mereka bebas untuk turun ke bawah.. bermain di tanah.. makan buah apa yang ada.. mengejar kambing, mengejar ayam.. dan langsung tak takot anjing! alahai... 3 kali mummy cekup adik nak cium anjing! ngeri tau tak... adik tau tak kita xleh pegang anjing suka hati??? atuk bela anjing bukan untuk di belai.. tapi untuk menjaga kebun atuk yang luas tu... ye mummy tau anjing kat rumah atuk tu jinak, tapi kita tetap tak boleh pegang anjing suka hati tau.. kalo pegang kna samak...:)
 

 feveret kakak dan adik aialah bermalasan di buaian ini bersama nenek moyang!! heheh...
kakak dan adik sangat bebas ke sana ke mari.. kadang kadang kakak gi geledah rumah nenek moyang di bawah untuk mencari makanan... adeh la...malu lak mummy tau:p tapi keletah korang membuatkan kalian semakin di senangi....

kehidupan di sana yang semuanya perlu bekerja untuk mendapatkan kewangan (ye la keje sendirikan, kalo tak berusaha mana nak dapat hasilnya)... membuatkan semua orang sibuk.. tiada masa untuk memberi sepenuh perhatian pada kakak dan adik... daddy pon selalu masuk ladang.. menombak sawit, kadang lewat petang baru balik.. membuatkan kakak dan adik sangat pandai berdikari tanpa mengharapkan sesiapa...

kakak dan adik pandai mencari makanan sendiri di dapo.. kalo takda kakak dan adik akan turun ke rumah nenek moyang... hehe... kakak dan adik macam tau jer port dorang simpan makanan kan? memangla anak-anak mummy ni...

kakak yang dahulunya pemilih makanan kini hanya makan apa yang ada... sebab kakak tau apa yang kakak nak tu memang tak dapek.. dan tak boleh nak cari di kawasan itu.. sebab itulah kakak hanya makan apa yang ada... dan adik juga semakin kuat makan nasi... makanan wajib adik adalah nasi! setiap masa adik akan cari nasi..minta nasi..tak kira di mana pon...

antara sebab kakak sering di bawa oleh atuk dan nenek bila berurusan di bandar ialah kakak sangat mudah di jaga.. kakak memahami atuk dan nenek bekerja.. kakak boleh duduk diam diam.. dan langsung tidak mengganggu atuk dan nenek...
adik pula mungkin masih kecil.. mungkin juga sebab cepat bosan... dan adik sangat kuat makan nasi.. macam mana nak cari nasi dalam perjalanan dalam kereta berejam jam tu? bila tak dapat nasi adik akan buat perangai....nasi ohhh nasi...hahahaha

bila adik dapat nasi




 itulah anak anak mummy.. masing masing ada cerita masing masing... namun ingin mummy tegaskan bahawa mummy bangga anak-anak mummy boleh hidup dengan gembira tanpa kemewahan, tanpa permainan yang canggih canggih, tanpa gajet, tanpa teknologi, tanpa elektrik, tanpa air paip,tanpa makanan sedap sedap.... sebab tu bila kalian dapat semua tu kalian menggunakannya dengan sebaiknya dan menghargai dengan erti kata sesungguhnya menghargainya...

mummy sedar, bila mummy balik je kakak dapat pegang enset mummy, main game.. sebab daddy memang x bagi kakak pegang enset..adik apatah lagi..hahaha... tapi mummy tetap kawal.. dan sebenarnya kalian boleh jer hidup tanpa semua itu!

sekiranya ketika kalian membaca entry ini dan di waktu ini kalian rasa tak boleh hidup tanpa teknologi, yakin dan percayalah bahawa kalian pernah hidup tanpa segalanya suatu ketika dahulu! so u can do it!! chaiiyokkk....

~~ bestnya hidup dalam suasana kampong.. udara tak tercemar.. pokok pokok yang banyak.. panasnya bukan menyengat.. angin sepoi sepoi bahasa... segalanya sangat indah...hargai segalanya sebelom kehilangan.....













raikan setiap perbezaan:)

bismillah...

assalamualaikum anak anak mummy :)

hari ini 13 ogos 2014.... mummy menaip dengan keadaan tak berapa nak selesa.. perot mummy masih belom pulih sepenuhnya... tapi mummy rasa rindu kalau tak pegang keyboard dan bercerita dengan anaknda sekalian :)

semalam, mummy demam.. dalam keadaan menggigil dan keletihan sebab balik balik ke toilet daddy menalefon mummy.. ye mummy agak sedeh sebab jatuh sakit di kala berjauhan dengan kalian.. masih terbayang lagi saat saat kalau mummy demam, daddy akan urut mummy dengan bawang.. pastu kakak dan adik sebok ngaco daddy... kakak nak urut juga, adik pon... tapi adik biasanya akan mencubit jer blakang mummy.. hahahah....

masih terbayang lagi tangan kecil kakak memicit micit dahi mummy... lapkan muka mummy dengan tuala basah... tangan kakak tu ajaib tau tak.. best jer kalau urut mummy.... macam tangan orang tua.. i love it! n now i miss it...much indeed :(

bila mummy tak berselera daddy akan buatkan mummy bubur ayam yang sedap gila! kalah bubur mcD okeh... tak pon bubur makan ngan ikan basung... perghhhhhhh~~ terliur liur mummy.... oke baiklah.... mummy sgt sedih sekarang... uwaaaa >,<

berbalik kisah semalam...

daddy pass telefon pada kakak.... kakak ingat kakak cakap apa?

kakak: ami!!!! asekom.....
mummy: waalaikum salam myaa... myaa rindu mummy tak?
kakak: ya..myaa induuu...ami di mana??
mummy: mummy kerja ya...
kakak: ehh napa ami tinggal myaa... myaa ikut ami......
mummy: mummy kerja la sayang....
kakak: ya.... myaa ikut ami laa... myaa ikut ami.... mya ikut ami.....
** ok mummy sgt sayu.......

mummy: nanti mummy balik ya... tiga minggu lagi.....
kakak: lambat lagi ami..... amii..... sini kau.... sini kau...... ehhhh sini ami... sini ami....

** mummy paling pantang bila kakak cakap aku kau ni... tapi rasa nak tergelak bila terlepas cakap pastu gabra cover balik...hahahahah

mummy: apa myaa??
kakak: ami sini la ami.... hehee (dia tau dia buat silap tadi)
mummy: ya nanti mummy balik la ya..... myaa da makan?
kakak: ya sudah...
mummy: myaa makan apa?
kakak; makan nasi la ami...
mummy: makan nasi ja?
kakak: makan nasi, makan ikan....
mummy: ooo.. keisya makan?
kakak: makan...makan nasi..makan sup....nenek pon makan...
mummy: daddy makan?
kakak: daddy makan.. eh tak tak... daddy minum...
** ni la report betol2 hahahha....

mummy: ooo..bagus.. mya da nak tdo?
kakak: ya... mau tido sudah ni.... tadi minum milo (susu coklat)...
mummy: oohhh minum milo
kakak: ya..tapi sudah habis...
mummy: ooo mau tambah lagi?
kakak: tak yah la ami... nanti gigi rosak... (ni mesti words daddy n neneknya ni hahahha)
mummy: aa bagus... minum air masak banyak banyak ya..... dah nak tdo mana doa?
kakak: nite2..... sekom.....wasalam.... bismiAllah... Ayamut.... dah tdo ya ami ya.... mmuah mmuahh
mummy: ok nite nite... assalamualaikum..waalaikumsalam... bismikallah huma Ahya wa Amut.... mmuah... mana keisya bagi keisya ya... mummy nak cakap jap...
kakak: ok..nak keisya... cakap ngan ami ya..ni ami ni....

perbualan bersama adik...

mummy: keisya.... mummy ni..
adik: oo ami...
mummy: keisya da tdo?
adik:emmm..
mummy: keisya rindu mummy?
**diam
mummy: keisya marah mummy?
**diam
mummy: nanti mummy balik ya?
adik: em....
**ok mummy da sebak......
mummy: keisya nak apa nanti mummy balik? nak makan?
adik: em...
mummy: nak nasi?
adik: em...
mummy: nak sup?
adik: aaa
mummy: nak ayam?
**diam....
mummy: keisya nak milo?
adik: hah nak milo.. nak milo....
**alahai adik..... di waktu ini dikau cuma paham pasal susu jer kan? hahahhaha.... apalah budak 2taon ni paham erti kesengsaraan berjauhan dan belom pandai minta hadiah :(
mummy: ya la..nanti mummy bli milo banyak banyak ya...
adik: ya..milo ya ami....
mummy: ya la... keisya tdo ya....mana doa?
adik: nite nite.. amutt.. da tdo....
mummy: pandai..... kiss mummy dulu..
adik: muah. daddy! dah.....!

laju gila pass kat daddy... hahahhaha... daddy kata adik cakap ngan mummy dengan mata yang tertutup... tapi macam segar bila berbicara pasal milo... hahahha...

oh yer.... milo yang di maksudkan adalah susu coklat pediasure.... tapi dorg di sana memanggilnya milo sebab dia kaler coklat...
banyak la istilah yang daku kompius.. ni la perbezaan ketara ganu ngan tawau:p

contohnya: daku menggunakan istilah sirap, oren, anggur dan sebagainya ntuk air berperisa (seperti perisa apa yang di minum).... tapi mereka di sana mengklafikasikan semuanya sebagai OREN...

cuntuh ayat " ratna ko buat air oren ya.." dan dengan bersungguhnya daku mencari botol oren tapi takde pon! yang ada perisa anggur dan sirap.... eh????
bila di tanya " ni la oren"... dengan menunjukkan botol anggur... eh??tu kan anggur...... adeh~~~

begitu juga dengan obat gigi... daku memanggil obat gigi adalah obat gigi la... tapi dorg memanggilnya "colgate"... walhal dorg memakai obat gigi FRESH N WHITE... takker separuh mati ako mencari COLGATE bila dorg soh tolong ambil colgate!

teringat peristiwa si baby: adik iparku meminta daku mengajar kerja sekolah bahasa inggeris...
soalan tu daku alihkan dalam bahasa melayu " ali menggunakan ______ untuk memberus gigi..." a) toothpaste... b) waterpaste...c)toiletpaste....d)teeth....

gitu la lebih kurang... memang sah sah jawapannya :toothpaste = obat gigi kan... so daku bertanya " ko guna apa bila nak gosok gigi?"
baby: colgate...
daku: hah guna colgate la...
baby: mana ada jawapan colgate kak.....

adeh laaaa~~~~~~~~
colgate tu adalah jenama... bukan obat gigi = colgate....huahua:p

itulah yang terjadi dengan milo....
milo itu milo, vico itu milo, coklat itu milo, apa apa air susu yang berwarna coklat itu semua milo...

duhai eisyas.... bila anda semakin membesar tolong seperate things ya:) dont get compius like ur mummy did! hahahahhahaha

oke..da banyak mummy melalut...

anak-anakku sayang...
hari ni mummy nak membicarakan tentang perbezaan antara mummy dan daddy.. maksud mummy cara didikan... dan mummy harap eisyas boleh ambil dan ikut mana yang lebih baik ya :)

kakak dan adik...
mummy berasal dari keluarga yang halus sifatnya, lemah lembut cara percakapannya... dan opah pon sangat lembut orangnya... opah tak pernah meninggikan suara.. malah kami tak di ajar menggunakan bahasa yang kasar... mummy dah terbiasa dengan didikan seperti itu... sopan dan lembut...
that is keluarga kita belah terengganu...
bila mummy bersama daddy.. pada permulaannya mummy terkejut dengan bahasa kasarnya tapi lembut hatinya sebab tu mummy bleh layan...hahahah...
ye kami menggunakan "aku dan kau" sebab daddy lebih selesa menggunakan kata ganti nama itu untuk menunjukkan bahawa kami sangat rapat..... so mummy ikot jer la.. dan mummy pon selesa, coz kami bagaikan tiada gap pabila menggunakan kata ganti nama itu... tapi kakak dan adik jangan salah faham.. ada masanya kami menggunakan kata ganti nama yang lain... "abg, syg".. "mummy daddy"... semuanya mengikut keadaan.... so kakak dan adik tak boleh kata kamilah yang tunjuk contoh ntuk beraku kau dengan semua orang..... depan kakak dan adik kami menggunakan "mummy daddy" kan? sebab kami nak terapkan bahawa tak kira apapon kami adalah ibu bapa... dan we want u both respect us as ur parents. ye, ada masanya kita boleh menjadi bagaikan sahabat karib, but still mummy will not allowed u both called us "aku kau"..mungkin belah daddy its natural... but not on mummy's side.

hah kan mummy da speakang.. hahahaha.... kakak dan adik pon tau kalo mummy da klu bahasa asing maksudnya mummy bertegas dengan perkara tersebut ;)

kakak dan adik...
keluarga daddy pula sangat berbeza dengan keluarga mummy... mereka lebih keras dan tegas dalam penggunaan bahasa... tak kira pangkat atau peranan mereka bebas menggunakan "aku kau"... itu adalah gaya hidup mereka dan kita kena hormat... ye.. mummy cuak kalau kakak dan adik yang sedang belajar tentang penggunaan bahasa akan terikut dengan cara mereka... tapi mummy yakin kakak dan adik akan boleh mengubahnya sekiranya kami membetulkannya...
 inshaAllah...

mummy slalu terdengar kakak gunakan "aku kau"... tapi cepat cepat kakak betolkan "myaa..."... dan mummy sentiasa nampak kakak sentiasa cuba untuk menggunakan ganti nama "myaa..ami" bila dengan mummy... syukur Alhamdulillah.... sekurang kurangnya kakak faham maksud mummy.... cuma sekarang kalo kakak melatah dan sebut "kejut aku" tu tak leh blah... heheh.. daddy kata dah kalo melatah nak buat macam mana.. bukan bleh kawal.. ok baiklah mummy cuba paham...
 adik masih blom banyak bercakap.. namun setakat ini mummy slalu dengar penggunaan kata ganti nama adik masih ok... contoh ayat " nenek.. tengok acap tu...."... "ibu... acap ni ambil..."... bukan "ooi ooi"... hehehe....

inshaAllah kakak dan adik akan semakin faham kelak penggunaan bahasa-bahasa itu,... tapi mummy memang tak bagi langsung kakak gunakan perkataan-perkataan mencaci macam bodoh bengong apa semua tu ya! itu semua mummy dah warning pada makcik-makcik dan sepupu sepupu korang tu... alhamdulillah mereka faham dan mereka selalu gunakan perkataan perkataan baik dengan anak-anak mummy ni.. dan cara mereka cakap pon lembut dengan u both... hehehe.. itu yang mummy suka.. walaupun mereka biasa berkasar tapi mereka juga boleh menerima cara mummy yang mahukan lebih lembut dan sopan pada keluarga mummy....

kakak dan adik...
mummy bukan nak mengongkong kehidupan kalian... malah kalo di fikirkan perkara perkara tersebut mungkin nampak remeh dimata orang... lagi lagi kalau kehidupan di borneo dan sesetengah di semenanjung... namun.. mummy nak kalian belajar untuk bersopan dengan orang yang lebih tua.. tak kira apapon.. hormati mereka... jangan sekali kali bercakap sambil lewa dan menggunakan bahasa bahasa kesat dengan orang yang lebih tua... mungkin ada orang tua yang boleh menerima kata ganti nama "aku kau"... tapi ada juga yang tidak boleh... oleh itu sebaiknya kalian jangan menggunakannya.. apa yang baik kalian ikutlah... apa yang tidak jangan pula kalian memandang serong.. hormatilah perbezaan itu tapi janganlah kalian menirunya:)

mummy suka kalian tinggal bersama keluarga besar daddy... banyak yang kalian boleh belajar di sana.. belajar hidup tanpa kemewahan.. belajar hidup tanpa kesenangan... belajar hidup tanpa elektrik, air paip, aircond,tv segala galanya...

nanti mummy bercerita lagi bagaimana kehidupan anaknda di kebun ya.. tiada lagi gajet.. tiada lagi permainan-permainan yang biasa di main kalian ketika di labuan.... namun kalian tetap boleh menguji minda dengan permainan yang ada di kampong:)

bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada di dunia ni sayang... bersyukurlah.... segalanya ini hanyalah pinjaman..... apa yang mummy harapkan, kalian mencintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya.. dan barulah mencintai mummy dan daddy dan sekalian makhluk di dunia ini.. namun jangan meletakkan kami melebihi tempat Allah dan Rasulnya.... inshaAllah tidak kira di mana jua kalian berada, kalian akan sentiasa di bawah rahmatNya.... InshaAllah....

apapon mummy sayang anak anak mummy.... banyak yang mummy belajar dari kalian... u are my everything......

Monday, 11 August 2014

kesah 1 jun 2012

bismillah..

assalamualaikum anak-anak mummy....

hari ni mummy nak kongsi cerita pasal detik-detik kelahiran keisya zara zulayqa :)
mummy tak pernah kan cerita lagi sebelom ni... eh yang pasal kakak mummy dah cerita blom? rasanya macam sudah atau tu mungkin dalam fb jer..hahahaha
tak pe la mummy cerita dulu pasal adik, nnt mummy cek balik.. kalo blom nanti mummy cerita pasal kakak pula ya... mummy lupa la sayang.. almaklom la da banyak urat terputus....hehehe..

adik,
mummy nak adik jangan marah tau... kelahiran kakak mungkin lebih di nanti sebab kakak adalah yang sulong.. sulong ni memang hyper excited la cket... tapi adik juga tetap di tunggu.... Alhamdulillah orang kata mummy ni terlebih subur sebab elok jer lepas 3 minggu kakak di lahirkan mummy period macam biasa... tapi mummy still breast feed kakak. walaupun kerja mummy sering berjauhan dengan anak, tetap mummy supply susuibu ini yang menjadi hak milik anak-anak mummy...

di ketika itu mummy langsung tak terfikir untuk ambil apa-apa perancang sebab mummy yakin dengan fully breastfeed tetap boleh merancang. tak gitu? hehe.. tak la... jauh di sudut hati mummy, mummy rindu nak preggy lagi sebenarnya.... mummy rindu moment membawa anak kehulu kehilir tanpa rasa susah.. moment merasa tendangan kaki kecil yang nakal itu.. moment moment yang sentiasa bersama mummy tak kira apa jua keadaan.. mummy rindukan perasaan itu...

ketika kakak sudah semakin membesar dan boleh makan, daddy juga menyuarakan hasrat untuk bagi kakak 'kawan'... daddy kesiankan kakak yang hanya bermain dengan daddy dan tiara.. mummy plak sibuk bekerja...tapi, kami tak pula beria untuk mengotakan kata... hahahah... tapi mummy selalu kata pada diri, Allah adalah sebaik baik perancang. sekiranya ada maknanya Allah tau keupayaan kami untuk menjaganya, sekiranya tiada, maknanya Allah tau kami belum bersedia untuk tambah tanggungjawab:)

Alhamdulillah.. seawal usia kakak 8bulan adik hadir sebagai penyeri. tanpa langsung tanda... membawa adik selama 9 bulan dalam perot mummy sangat mudah. ramai yang tak sangka mummy preggy sebab adik langsung x besar. adik kurang aktif, adik tak bagi apa apa alahan. mummy dan daddy hidup seperti biasa. tapi sedari dalam perot lagi adik selalu bagi reaksi bila bersama kakak. hanya itu.

dek kerana jarak melahirkan yang sangat dekat dengan kelahiran pertama melalui pembedahan, doktor menyarankan kepada mummy untuk csect juga buat yang kedua... mummy akur setelah solat istikarah. Allah tau apa yang terbaik... ye, Allah juga yang lebih tau apa yang akan terjadi di masa hadapan. tanpa di sangka ketika mummy membuat pemeriksaan rutin, doktor mengesan sesuatu, adik terlalu kecil dan tidak aktif. doktor risau adik mengalami apa-apa masalah di dalam rahim mummy.. doktor menyalahkan mummy still breastfeed kakak walaupun adik sudah dalam kandungan. tapi mummy tak menyesalinya kerana mummy yakin itu bukanlah penyebabnya. mummy di tahan dan doktor menyarankan emergency csect untuk keluarkan adik, seminggu lebih awal daripada tarikh csect adik.

takut? tentu sekali.. tapi pengalaman pertama membuatkan mummy lebih bersedia. mummy mengabiskan sisa waktu yang ada dengan membaca yassin. sehinggakan yassin basah dibibir mummy. mummy lebih tenang dengan membacanya. hemoglobin mummy rendah. doktor tak mempunyai masa untuk menaikan kembali sebelom meneruskan pembedahan. mummy di sarankan untuk sign satu surat yang menyatakan bahawa sekiranya berlaku pertumpahan darah dan darah yang baru diperlukan mummy akan membenarkan darah baru itu untuk masuk ke dalam badan mummy, dan mummy yang akan tanggung kesannya. perghhhhhh... gile tak cuak! tapi demi adik, mummy akur.. mummy letakkan segalanya yakin dengan Allah...

tepat jam 8 pagi mummy di sorong ke bilik pembedahan. mummy tunggu daddy tapi tak nampak langsung batang idung. ceh rupanya daddy salah bilik. adoi laaa~~
segalanya berlaku begitu cepat.. mummy rasa mengantuk yang amat... dan keadaan nampak kelam kabut.. rupanya mummy mengalami tumpah darah.. hemoglobin mummy turun sehingga bacaan 6. ada nurse menampar-nampar mummy tak bagi mummy tido... sakit tau tak! adoi laa...
pada jam 9.31 pagi adik selamat di lahirkan dengan sempurna... namun jam 1030 baru mummy dapat keluar dan melihat adik...

rupa adik yang sungguh kecil, comel sangat... putih gebu membuatkan mummy rasa segalanya berbaloi... melihat daddy mummy rasa tenang setenang tenangnya.... ayat pertama daddy "tu ke anak saye nurse??? alallaa keciknyeeee"...hahahahaha

nurse tu siap tanya mummy "eh tu sape? suami kakak ke?" adoii knapa? xde ciri-ciri laki ako ker?adeh~

alhamdulillah, adik di iqamatkan oleh daddy... sayu jer mummy tengok daddy bermain-main dengan adik.. mummy terus mintak nurse tolong mummy untuk susukan adik... ye memang susah. nurse tu bagaikan tak yakin mummy boleh susukan adik dengan keadaan lumpuh separuh badan, tapi demi adik, mummy kuatkan diri untuk mengiring dan susukan adik. subahanallah, Allah je yang tau perasaan mummy ketika susu pertama masuk ke dalam badan adik ialah susu badan mummy sendiri... adik di lahirkan cukup sifat, sempurna segalanya dengan berat 2.3kg saja.. doktor menyatakan adik lahir tak cukup berat dan adik perlu di masukkan ke ruangan seliaan. tapi mummy tak bagi. hahaha. doktor kata darah adik akan di ambil untuk melihat sama ada adik normal atau kekurangan gula dalam darah. Alhamdulillah, beberapa kali darah adik di uji, adik normal. gula ok. semua ok. doktor akhirnya pasrah membiarkan adik bersama mummy.

adik tau tak, adiklah yang menjadi sumber kekuatan mummy... berbeza dengan kakak, adik sungguh tenang... sungguh comel dan sentiasa tidur. langsung tak banyak ragam. mummy je yang slalu kejutkan adik untuk menyusu dan memang sengaja nak kacau tidur adik yang sungguh nyenyak itu. heheh... oleh kerana mummy ingin melakukan segalanya sendiri, mummy berjaya duduk ketika baru melepasi 5 jam selepas pembedahan. sedangkan sepatutnya mummy masih perlu baring di waktu itu. sakit? cubalah perot adik di toreh dengan pisau tajam selama tujuh torehan dan cubalah duduk.. tak terhitung kesakitan itu... tapi segalanya bagaikan terlupa pabila melihat adik di hadapan mata mummy... tatkala membelai adik, mencium adik semuanya terbang begitu saja...

oh ye adik nak tau macam mana mummy boleh terfikir nama adik?
masa awal pregnancy.. mummy memang terasa nakkkkk sangat anak lelaki.. mummy malah percaya itu anak lelaki.. mummy bagitau daddy yang nanti mummy nak namakan hadiff firdaus. daddy buat x tau je..hahaha...

tapi masa mummy layan kakak di dapur, sedang mummy basuh pinggan.. tiba tiba mummy terasa yang mummy bawa anak perempuan dan namanya zara zulayqa.. mummy terus menjerit bagitau daddy "weh, ako rasa ni zara zulayqa la"... meninggalkan daddy yang terlopong sebab tiba tiba je kan..hahahahaha

tapi kami masih tak yakin dengan perasaan sendiri.. memang kalau boleh kami inginkan sepasang, tapi kami tak kesah apapon. masa 8 bulan doktor sahkan mummy membawa anak perempuan.. bak kata doktor tu "ehh ni orang dapur ni..." hehehe.... kalo lelaki apa ye? orang kereta ke ape? hahahahha

ye kami terima kedatangan adik dengan senang hati. kami percaya adik boleh menjadi sahabat terbaik buat kakak:) kedatangan adik di nantikan oleh semua orang. Allah permudahkan segalanya, oleh kerana dek anak perempuan, adik boleh pakai baju-baju kakak... tapi opah tetap blikan adik baju baru,... hahah opah tak puas hati melihat adik pakai baju 2ndhand.... adeh laa...

masa melihat wajah adik.. mummy tanyakan daddy.... "nak bagi nama apa ni?".. daddy jawab "keisya.. keisya zara zulayqa.... nanti kita panggil keisya ye?".... ye itulah nama adik:)
daddy yang pilih ok! hahahah... sebenarnya mummy awal-awal da bagi pilihan, nak Aisya ke nak keisya.... tapi mummy tak berharap pon daddy ingat... rupanya dalam diam daddy da pilih..hahah

maksudnya Hidup Baik baik puteriku yang cantik...

sebenarnya mummy nak panggil adik zulayqa.... sebab adik memang cantik dari awal kelahiran. mata adik bulat bersinar.. mummy sendiri jeles tengok mata adik... hahaha.. comel sangat mata bulat adik tu.. dengan pipi yang tembam semangkuk... comel yang amat Alhamdulillah.... apa yang doktor ingatkan selama ini semuanya tak betol. adik memang kurang aktif, bila di lahirkan pon adik kurang aktif, kurang menangis dan sangat sangat mudah di jaga. mummy senang menjaga adik.

tapi kesan daripada hemoglobin yang sangat rendah, mummy tak dibenarkan keluar daripada hospital. selepas bergaduh dengan doktor kat situ mummy bersetuju untuk hanya masukkan 1 beg darah je ke dalam badan mummy, dan ia hanya menaikkan sedikit sahaja bacaan hemoglobin mummy... dari bacaan 6 ke bacaan 8.. sehingga kini hb mummy rendah. sebab tu kot mummy cepat penat. dan mummy terkena kesan daripada ubat bius menyebabkan mummy sakit kepala yang amat sangat sehinggakan mummy tak boleh alngsung untuk bangun selama seminggu. sakitnya Allah je yang tau.. sudah la sakit di perot, sakit kepala.. tapi mummy bersyukur kerana adik tidak banyak ragam memudahkan mummy untuk menjaga adik dalam keadaan yang sakit tu. tapi walau sesukar manapon mummy tetap menggagahkan diri untuk bagi adik susu hak adik.

pulangnya mummy dari hospital, kakak merajuk dengan mummy. tak nak tegur, taknak bercakap, malah tak nak tengok mummy atau adik. ok mummy terasa ok. hahahah.... sedih tau. tapi ye la mummy paham, kakak merajuk mummy hilang gitu je tetiba balik bawa baby... tapi masa mummy susukan adik tiba-tiba kakak datang tolak adik dan kakak naik ke riba mummy untuk menyusu... hahahhahaha ok itu lawak:p

tapi keadaan mummy tidak mengizinkan untuk melayan apajua kerenah anak-anak mummy di waktu itu... mummy tak larat sayang... maafkan mummy.... kepala mummy rasa macam nak meletup.. mummy tak larat hatta untuk membuka mata... mujurlah sokongan daddy dan nenek sangat kuat. selepas seminggu mummy kembali pulih,... di waktu itu sebenarnya mummy selalu ternampak kakak curi-curi untuk kiss adik setiap pagi ketika adik dan mummy tidur. bila mummy buka mata cepat-cepat kakak turun katil. hahahah sebenarnya kakak dah sayang adik kan??? apala yang seorang budak berusia 1 taon 6 bulan faham:)

masuk hari ke 14, kakak semakin berani secara terang terangan untuk menunjukkan sayang kepada adik.. apabila adik tidur di buaian kakak ingin membuai adik.. apabila adik menangis nak menyusu kakak akan cepat cepat terkam adik dan tarik mummy suruh susukan adik cepat cepat. kakak sentiasa bersama adik. kakak selalu kiss adik.. sepanjang masa.. dan ia membuatkan mummy dan daddy terharu... kasih sayang seorang kakak telah tertonjol dalam anak sulung mummy itu..... delisya sara humayra...sentiasa mengembiarakan orang di sekelilingnya:)

keisya..... hidup baik baik ya anakku.... keisya sangat mudah di jaga,... dan semoga sentiasa terjaga dan di jaga oleh Allah swt:)

even its far... my love is in ur heart

dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pengasihani....

assalamualaikum anak-anakku:

kakak tau ke apa maksud nama kakak? Delisya sara humayra... " yang sentiasa gembira dan mengembirakan puteriku si pipi merah".....

maksud nama adik pula Keisya Zara Zulayqa " hidup baik-baik puteriku yang cantik"...

Alhamdulillah, makna nama ini terpancar di kehidupan kakak dan adik.. mummy bersyukur sangat-sangat di pinjamkan zuriat yang sangat menyejukkan hati ini...

sudah 3 bulan kehidupan kita totally berbeza... totally... kalau dahulu dunia korang cuma ada daddy, mummy dan tiara,... kini bertambah-tambah dengan kehadiran keluarga besar di tawau..
kakak sentiasa gembira dan mengembirakan semua orang di tawau... atuk dan nenek, ibu, nenek moyang, pakcik-pakcik, makcik-makcik, semuanya memuji kakak yang sangat senang di jaga, senang di buat kawan, sentiasa gembira dan selalu buat orang lain gembira dengan celoteh kakak....
kakak sangat kuat melatah... kuat membebel.. kuat menyakat.. kuat memujuk.. segalanya membuatkan orang tak henti senyum dengan kehadiran kakak...

subahanallah... Alhamdulillah.. lega mummy dengar, anak-anak mummy senang di jaga dan tak menyusahkan orang lain untuk menjaganya.... mummy sebenarnya risau kalian tak boleh tinggal dalam keadaan yang berbeza namun dengan mudahnya kalian boleh menyesuaikan diri bagaikan faham apa yang terjadi.

adik yang dahulunya seorang yang sangat manja dan susah berenggang dengan mummy dan daddy, kini boleh di jaga oleh sesiapa sahaja. malah adik boleh berdikari seawal usia 1 taon 10 bulan. adik pandai cari makan sendiri, adik pandai ambil air sendiri.. adik membuatkan mummy rasa bersalah kerana terlalu cepat dikau berdikari sayang.

kakak dan adik bagaikan faham maksud 'bekerja'.. kakak dan adik tak pernah menangis melihat daddy pergi ke ladang berjam jam lamanya.. kadang kadang malam baru balik. kakak dan adik tak pernah mempersoalkannya malah faham "daddy masuk kebun, daddy kerja.. cari uit"...

kakak dan adik tak pernah mencari mummy dan bagaikan faham tawau dan labuan tu sangat jaooohh so mummy tak boleh balik selalu macam dulu... bila di tanya mana mummy kakak dan adik petah menjawab "ami kerja...di labuan"...

setiap kali mummy balik kakak dan adik menyambut mummy dengan senyuman manis.. gembira.. memeluk mummy tak lepas... mulut kakak tak henti-henti bertanya :

" ami gi mana slama ni?"... " ami kerja di labuan ya?".... "ni ami da brenti ke?".....

kalau mummy tanya "kakak marah ke mummy tak balik?"
kakak akan jawab " ami kerja kan.. ami cari uit.... ami blikan myaa makan... myaa tak marah"...
kalau mummy cakap mummy tak balik lama.. mummy kerja, kakak akan kata "ok ami kerjalah ya.. myaa pon kerja... myaa kerja ngan nenek di kebun.. keisya duduk ngan ibu jaga acap"...
terharu sangat mummy dengar kakak....

tapi pulangnya mummy kali ni kakak bagaikan berat hati nak melepaskan mummy pergi... bersungguh kakak bagitau mummy yang kakak da berhenti kerja dengan nenek dan kakak nak kerja dengan mummy... kakak nak jaga mummy di labuan.. kakak nak belajar masak.. kakak nak tolong basuhkan baju mummy, kakak nak buat segalanya untuk mummy.. malah kakak janji kakak takkan nakal untuk tinggal dengan mummy.... pedih hati ni sayang....

"ami, ami tak balik sebab ami marah myaa kan? myaa tak nakal dah.... btol, myaa da baik, tanya atuk, tanya nenek, tanya ibu.. myaa tak pukul keisya dah.. myaa tak gaduh ngan acap"..

btol... kakak memang baik sekarang... kakak da tak nakal.. kakak sangat behave.. nenek ngan atuk puji kakak senang jaga. malah kalau nak gi mana-mana memang nenek nak bawa kakak.. siap bawak kakak gi sandakan lagi. tu pon nenek kata kakak senang bergaul dengan sedara mara kat sana padahal baru pertama kali kakak jumpa mereka.

mummy terharu tengok kakak sangat pandai berdikari. kakak tak pernah susahkan mummy langsung.. kakak pandai makan sendiri, tapi bila mummy ada kakak akan kata "myaa nak ami suap eh"... ye kakak nak bermanja dengan mummy... mummy faham dan mummy terharu. sangat terharu, maknanya kakak memang sedar yang mummy jarang balik dan kakak nak hargai masa bersama mummy sebaiknya....

kalau kakak buat perangai kakak akan cepat-cepat peluk mummy dan mintak maaf... kakak akan kata "myaa tak nakal dah.. jangan balik lbuan eh"....

kakak takot bila mummy marah kakak mummy balik labuan kan? sayu hati ni kakak.....

kakak slalu manjakan mummy... kakak akan temankan mummy.. cerita macam-macam walaupun kadang2 mummy tak paham apa yang kakak cerita... kakak akan bgtau segala kesalahan yang kakak buat sepanjang mummy tiada..

"myaa pukul atuk... mya tampar atuk macam ni..."
"napa myaa buat camtu kat atuk.. tak baik tau.. nak kna hanger?"
"tak nak.... "
"kalo tak nak jangan buat lagi"
"ok ami...myaa pukul keisya... darah mulut keisya"
"napa pukul keisya?"
"keisya nakal... keisya pukul acap"
"knapa pukul sampai darah?"
"keisya atuh..keisya darah"
"myaa x sayang keisya ke?"
"sayaanggggggg..." llau berlari panggil keisya.... dan cium keisya sampai keisya mengamuk rimas...

oh kakak... gelagatmu itu membuatkan hati mummy tak ingin berpisah... mummy rindu keletah kakak yang sungguh mencuit hati...
terasa segar lagi moment indah saat kakak kupaskan rambutan untuk mummy... kopekkan isinya, buangkan bijinya lalu suapkan mummy...... sebiji macam daddy manjakan mummy sayang..... touching sangat....

adik masih belom pandai menyusun ayat... tapi gerak geri adik..tingkahlaku adik memang membuatkan mummy tau adik pon x ingin mummy pergi jauh dan lama dari adik..... setiap kali adik melakukan kesalahan adik akan cepat-cepat cari hanger.... suruh mummy punish adik time tu juga supaya mummy tak marah....

mummy tau adik pon ingat mummy marahkan adik sebab tu mummy balik labuan kan?

setiap kali mummy kata mummy nak balik labuan, adik akan buat muka marah... adik akan cakar muka mummy, adik akan picit pipi mummy... sakit tau! perghhhh setiap kali basuh muka mesti rasa sakit gilllaaaaa... adik ni ganas sangat la tunjuk perasaan.... tapi mummy tak leh nak marah adik bila tengok muka comel adik tu...

kalau adik nak tau, mummy paling terkesan berjauhan dengan adik... sebab mummy tinggalkan adik di waktu adik masih sangat kecil untuk memahami apa-apa... di kala adik masih memerlukan mummy untuk tidurkan adik, manjakan adik, mandikan adik, suapkan makan adik... tapi.... daddy kata mummy silap... adikla yang paling mudah untuk di jaga.. adik hidup dalam dunia adik sendiri.. adik boleh main bersendiri. bila adik lapar adik geledah jer almari makanan, takpon adik panggil jer sesiapa yang adik nampak untuk mintak makan.. untuk mintak susu...bila letih adik boleh tidur sendiri.. adik tak kacau orang lain.. tapikan...tapikan... adik ngan asyraf macam anjing ngan kucing... tak tau la korang ni tak pernah la nak amannya... kalau acap tak kacau adik, adik yang kacau acap....
uhu...

tapi mummy la insan paling bahagia melihat kerukunan kasih sayang kakak dan adik.. kakak sentiasa bersama adik.. kakak paling menjaga adik.. kalau acap pukul adik kakak akan pukul acap balik.. hahah yang tu mummy tak setuju tau! kalau adik nak minum kakak akan ambilkan.. kakak akan pegang gelas tu macam mummy buat pada adik.. kakak mandikan adik, gosok gigi adik, pakaikan baju untuk adik, pakaikan pempers adik.. kakak akan jaga adik sebaiknya.... adik ingatlah sampai bila bila ya... orang yang paling dekat dengan adik is kakak.... selama mummy dan daddy kerja kakak lah yang sentiasa ada dengan adik..... hargai kakak ya dik.